Pages

Friday 2 September 2016

Ooppss.. Perut Dah Buncit!


Sedeh betul tengok gambar lama. Kurus gila. Paling best, perut memang flat. Kempis habis. Mau tak kempis, zaman bujang dulu berat 45kg ja kott. Kadang-kadang bila angin kuat, rasa macam nak terbang pun ada. Ehehee..



Tapi, bila dah tiga tahun kawen ni, berat naik mendadak. Bahagia.. Naik 6kg. Syukur, BMI dah normal. Baru balance dengan ketinggian. Yang tak syoknya, tang perut ni. Dah tak kempis macam dulu. Buncit oi. Buat penat ja gigih pakai bengkung hari-hari. Huhu.. nangis dekat bucu katil. T__T 



Haritu ada try jugak buat sit up dan senaman untuk kempiskan perut. Baru buat dalam 15 minit dah semput. Nampak sangat jarang excercise kan. Berpeluh sakan pun time kemas rumah ngan cuci toilet ja. Haha.. 



Apa nak buat kalau perut dah buncit??



1. Sit up :



Buat sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dalam 10 - 20 minit. Sit up boleh membantu menguatkan otot perut dan mengurangkan lemak di bahagian perut. Badan pun jadi sihat dan bertenaga.



2. Minum air limau nipis :





Limau nipis memang terbukti boleh 'memotong' lemak selepas makan. Air limau membantu untuk meningkatkan enzim yang menyahtoksik hati supaya boleh berfungsi dengan baik.   



3. Kurangkan pengambilan gula :





Makanan dan minuman yang tinggi dengan kandungan gula boleh meningkatkan risiko diabetes. Perut juga mudah menjadi buncit. Kurangkan pengambilan gula supaya tahap insulin dapat dikekalkan pada paras yang rendah dan boleh meningkatkan penghasilan glucagon (hormon yang dapat mengempiskan perut). 



4. Air kosong :




Minum air kosong dengan cukup, sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Air kosong adalah ejen detoks yang paling berkesan untuk mengurangkan perut buncit. Minum air kosong secukupnya boleh membantu menyingkirkan toksin dari badan dengan mudah.



5. Teh halia : 




Cara yang paling mudah dan menjimatkan. Halia sangat berkhasiat untuk membuang angin di dalam badan. Teh halia dapat meningkatkan suhu badan. Jadi, proses pembakaran lemak menjadi lebih berkesan terutama di bahagian perut. 



Ok dah hadam. Kena paksa diri untuk buat semua ni. Mudah-mudahan perut boleh kembali flat macam zaman anak dara dulu. Hihi. Fighting! 



Salam Sayang,
Ain