Pages

Friday, 27 March 2015

Iktibar Tragedi Pesawat



Hai dearies. Salam keberkatan dan kejayaan.

Masih segar dalam ingatan, tahun 2014 adalah tahun dukacita bagi rakyat Malaysia. Dua buah pesawat MAS menjadi mangsa. MH370 hilang pada 8 Mac 2014. MH17 pula ditembak jatuh pada 17 Julai 2014. Kemudian, giliran AirAsia-X QZ8501 terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember 2014. Terbaru, pembuka tirai 2015. Pesawat Germanwings Airbus A320 terhempas di Pergunungan Alps.

Walaupun tiada pertalian darah dengan keluarga mangsa, tetapi tragedi tersebut sangat terkesan kepada kita. Macam terasa kehilangan seperti mereka. Saya tak dapat bayangkan sekiranya salah seorang penumpang tragedi pesawat adalah ahli keluarga yang tersayang.

Sesungguhnya, apa yang terjadi adalah dengan kekuasaanNya. Kalau Allah kata kun faya kun memang akan tetap jadi. Tiada siapa, tiada cara untuk menghalang. Secanggih mana ciptaan manusia, canggih lagi ciptaan Allah. Sekecil-kecil burung yang bebas terbang di langit, tak pernah ada kes burung jatuh terhempas. Allahuakbar, terasa kerdil diri ini. 

* Muhasabah diri sendiri : sentiasa bersyukur dan bersangka baik dengan perancangan Allah. Setiap ujian yg Allah turunkan adalah tanda sayang dan peringatan kepada hambaNya. 



Salam sayang,
ain