Pages

Thursday, 5 February 2015

Anemia



Anemia atau kurang darah bermaksud kekurangan sel darah merah. Komponen darah boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

1. Sel darah merah : meliputi hemoglobin (protein yang kaya zat besi berwarna merah). Berfungsi membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon oksida kembali ke paru-paru dan dibebaskan ke udara.

2. Sel darah putih : sebagai sistem pertahanan untuk mencegah bahan asing daripada masuk ke dalam badan.

3. Plasma atau platlet : berfungsi menghentikan darah ketika luka.

  Tanda-tanda anemia:

1. Kulit dan tapak tangan pucat.
2. Jantung berdegup laju.
3. Sakit dada.
4. Cepat letih.
5. Kerap rasa pening.
6. Badan terasa berpeluh dan kebas.

Anemia boleh terjadi atas faktor badan kurang menghasilkan sel darah merah, kehilangan terlalu banyak sel darah merah atau sel darah lebih cepat hilang daripada kadar penghasilannya. Anemia sangat berbahaya kepada ibu hamil kerana boleh mengakibatkan risiko seperti keguguran, kelahiran pra matang, kematian janin dalam kandungan dna tumpah darah.

Suplemen yang boleh diambil : Vita-lea dan ESP

Suplemen yang TIDAK BOLEH diambil : Alfafa 


Salam sayang,
ain