Pages

Monday, 11 May 2015

Happy Birthday Ayah


Hai dearies.

Kata pepatah : kasih ayah sepanjang masa, kasih ibu hingga ke syurga.

Selamat Hari Lahir buat ayah saya yang ke-59. Kak ngah doakan ayah panjang umur, murah rezeki dan sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Tak terbalas jasa dan pengorbanan ayah membesarkan kami 5 beradik.




Saya masih ingat lagi, masa zaman sekolah dan remaja dulu, saya dan adik perempuan suka pergi jalan-jalan kat bandar Alor Setaq. Kami pi naik bas saja. Tak pun kadang-kadang saya merempit bawak adik naik motor. Hehe. Kasih seorang ayah. Ayah selalu risau kalau kami dua orang naik bas, naik motor. Jadinya, ayah selalu pi hantar kami dekat bandar. Sebelah petang, ayah pi ambik pulak.


Bukan ayah mengongkong, cuma prihatin dan risau dengan keselamatan anak-anak daranya. Kadang-kadang ayah yang teman kami shopping. Hee. Manisnya kenangan tu. Rinduu sangat. Memang kami adik-beradik manja dengan ayah. Tapi tak bermakna kami boleh buat sesuka hati ja. Ayah memang tegas kalau kami buat salah. Dah standby rotan siap-siap. Huhu.


Terima kasih tak terhingga atas pengorbanan, jasa dan kasih sayang ayah. Sayang ayah 200% juta kali.


Salam sayang,
ain