Pages

Tuesday, 30 June 2015

Checklist Ramadhan


Hai. Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, dah hampir 2 minggu berpuasa. Dah masuk fasa ke-2 iaitu Maghfirah (keampunan). Checklist Ramadhan macam mana? Jom semak:

1. Solat awal waktu
2. Membaca Al-Quran
3. Sedekah
4. Tarawih
5. Jaga lidah
6. Jaga mata, telinga
7. Isitiqamah

Bulan puasa tahun ni saya berjaya mendisiplinkan diri untuk tidak membazir di bazar Ramadhan. Hehee.. Kalau tahun-tahun sebelum ni, beli sampai tak menang tangan nak pegang. Lepas iftar, tak sentuh pun. Dah kenyang. Last-last buang. Astaghfirullah al'azim.. 

Tahun ni, pergi sekali ja bazar. Itu pun sebab demam, teringin nak minum soya panas. Lepas tu beli tepung pelita. Balik. Hehe. Hari-hari balik kerja, buka puasa kat rumah mak mertua. Lepas tarawih, mak siap tapaukan lauk untuk sahur siap-siap. Dari 1st year kawen memang macam ni. Alhamdulillah, dapat mak mertua paling baik dalam dunia. Suka masak untuk anak menantu makan. Menantu mai makan saja. Hihi.. Terima kasih mak =)

Ramadhan tinggal 2 minggu lagi. Hmm sedehnya.. Rasa macam cepatt sangat Ramadhan tahun ni. Tak sedaq dah masuk 2 minggu puasa. Alhamdulillah, senang sangat nak ikut formula untuk mudah khatam Quran di bulan puasa. In Shaa Allah, mudah-mudahan tercapai azam. Amin.




Salam sayang,
ain