Pages

Sunday, 19 July 2015

Salam Aidilfitri buat semua!


Assalamualaikum..

Yeayy dah raya. Alhamdulillah. Kami, suami isteri menyusun jari 10 tanda kemaafan andai ada tersilap kata, tersalah bicara dan terkasar bahasa. Harap dimaafkan ya. 0 - 0





Rumah nenek encik Suami. Beratur dari luaq rumah tau.







Siap ada cabutan bertuah. Hadiah utama TV 32"


3 daripada 8 anak buah


Tema raya tahun ni warna coklat. Beli dress ni pun last minute. Beli dekat Kenanga Wholesale tu. Bestt,, murahh ja. Maklumlah raya GST kan tahun ni. Hahaa... Saya beli sekali jubah mak dan baju kurung adik. Kat situ kan tempat borong, so amik 3 pasang dapatlah murah sikit. Tapi saya rasa memang berbaloi sangatlah. Sebab survey kat tempat lain, jubah dress yang macam saya pakai ni, harga dalam RM250 - RM299. Hoii mahainyaaa. Yang ni, saya beli dkt KWC, dapat RM100 ja! Jimat duittt. Heee


Sibuk pulak nak cita pasai baju raya kan. Ehehee... Lepaih bulan posa, pipi saya makin tembammm. Tak taulah makan apa. Hik3.. Sempena bulan Syawal ni, jom eratkan silaturrahim dan saling bermaafan. Balik kampung berhati-hati ok. Tahun ni giliran raya kat Key El. Selalunya lepas semayang Raya, makan, salam-salam dan bergambaq kat rumah mak mertua, kami semua akan konvoi ke rumah nenek dekat Beranang. Kat sini memang meriahh gila. Sebabnya, ayah mertua saya 12 beradik. Bila mai berkumpul waktu raya, memang tak celuih rumah lah. Hehee.. In Shaa Allah raya ke-5 nanti baru balik Loq Staq. Huhu.. Suami didahulukan, kampung halaman diutamakan. Haha buleh gitu? 


Kuih dan muih beraneka macam,
Makanlah jangan hanya dipandang,
Asyik bersembang pakcik dan makcik,
Hai password WIFI lupa nak diberi..




Salam Sayang,
Ain