Pages

Friday, 2 October 2015

Jalan-jalan Cari Makan di Alor Setar


Assalamualaikum semua. Dah seminggu tak update blog, balik kampung tercinta. Hee. Kat sana pulak line internet 'cantik'. Asyik buffer, sabaq je lah. Saya sempat update FB dengan IG saja. 


Saya nak share dengan hampa ni. Kalau pi jalan-jalan dekat Loq Staq, bab makan jangan risau. Banyak kedai yang sedap-sedap tau. Balik kampung last week, saya sempat pi makan dekat Big Galley's Cafe dengan Boat Noodle. 


Plan asal nak makan kat Boat Noodle. Tutuplah pulak, owner dia masih bercuti Raya Haji. Perut dah bergendang. So, kami pun singgahlah makan dekat Big Galley's Cafe. Terletak di Jalan Putra, Mergong. Berhadapan dengan Sekolah STAR. Hiasan dalaman Big Galley's Cafe ni cantik. Santai ja. Signature dish kat sini adalah berkonsepkan Western tapi ada jugak masakan Melayu macam bihun, mi, nasi goreng semua tu. Harga berpatutan. Makanan pun sedap. Memang berbaloi dan puas hati.




Kat atas cafe ni, kedai Boat Noodle



Simple but nice



Kreatif



Menu



Saya punya.. Spagheti Aglio Olio



Hubby punya.. Nasi Goreng Chicken Chop



Adik punya.. Spagheti Bolognaise



Dua hari kemudian, kami mai sini lagi. Hahaa.. Alhamdulillah, misi nak makan Boat Noodle tercapai. Boat Noodle ni dalam HLM Boutique tau. Kiranya boutique cafe lah. Sambil makan boleh shopping baju, kasut dan dessert kat sini. First time makan kat sini. Dekat menu, dicadangkan seorang kena makan 4 mangkuk mi. Ingatkan banyak, bila mi dah sampai, patotlah suruh order seorang 4 mangkuk. Mi sejemput saja. Hee. 
Tapi, kuah memang sedap. Cukup rasa dan ditabur dengan kacang tanah goreng. Sedapnyaa... Slurp slurp hirup kuah. Jadinya, dua kali kami order, tambah mi lagi. Hik hik hik.. Ada dua pilihan mi sama ada ayam atau daging. Harga untuk semangkuk mi cuma RM1.90 saja. Ada jugak side order lain macam daging bakar, ayam madu, pie tee dan lain-lain. Murah-murah. Best butik ni. Suasana macam kat rumah. Ada surau, bilik menyusu, bilik tukar lampin baby dan tandas. Customer friendly.




Boleh shopping sekali




Hitam pink



Pilihan menu



Kicap, gula, garam dan serbuk cili




Bertingkek-tingkek




Daging bakar




Ayam madu



Memang kenyang sangat. Walaupun mi sikit, tapi asyik duk hirup kuah memang kenyang lah. Next time balik kampung, nak mai makan lagi. Sedapp..


Ada banyak lagi kedai makan yang sedap dan best area Loq Staq ni. Bila balik kampung, saya takkan missed makan kuetiau goreng Iman dan Bihun sup Mama. Tak buleh lena kalau tak makan ni. Hehee.. Yang penting harga makanan kat Kedah still murah dan berpatutan. Plus, sedap rasanya =)



Salam Sayang,
Ain