Pages

Monday, 16 November 2015

Happy 3rd Anniversary


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memberiku suami yang terbaik. Sangat memahami, penyayang, romantik, bertangggungjawab, pengasih dan penyabar. Anugerah terindah dalam hidup sepanjang tiga tahun bersama. Suka duka, pahit getir kami harungi bersama-sama. Syukur =)









Happy 3rd Anniversary abang. Semoga hubungan suci ini dilimpahi rahmatNya dan kekal bahagia hingga ke syurga. Amin.. Hubby siap amik cuti lagi hari ni. Hehe. Plan asal memang nak pergi bercuti. Tapi memandangkan keadaan cuaca pada hujung tahun yang kerap hujan, kami sambut kat sini saja. Pergi makan, jalan-jalan dan beli kek pun dah cukup. Just untuk mengimbau kembali detik-detik terindah bergelar suami isteri tiga tahun yang lalu. 6 tahun kami kenal dan bercinta, akhirnya ke jinjang pelamin jua. Jarak jauh tu. Saya kat Loq Staq, hubby kat Key El. Hehe.


Teringat balik kenangan masa sibuk buat preparation kawen, bertunang, nikah sampailah majlis bertandang. Hmm so sweet bila dikenang balik. Walaupun sedih tak dapat album kawen (ditipu oleh photographer), kami dah redha. Ada hikmahnya. Macam biasa, impian yang paling besar of courselah nak baby. Kita hanya mampu merancang dan berusaha, tapi Allah yang menentukan. In Shaa Allah, akan tiba masa yang sesuai nanti dengan izinNya. Amin.


Terharu sangat bila dapat beratus ucapan dan doa daripada keluarga dan sahabat. Alhamdulillah, terima kasih semua. Semoga kalian diberkati dan dimurahkan rezeki selalu.


Selamat Ulangtahun Cinta



Salam Sayang,
Ain