Pages

Tuesday, 26 April 2016

Ada Apa Dengan Forexmudahbyjo?


Saya percaya ramai antara kita yang sudah sinonim dengan FOREX (Foreign Exchange). Sebelum kenal Forex dengan lebih mendalam, saya cuma faham Forex ni adalah tukaran matawang asing semata-mata. Contoh paling senang, bila nak pi travel oversea, of course lah kita kena tukar duit kan? Haa, itulah maksud Forex bagi pemahaman saya. Rupa-rupanya bidang Forex ni luas. Paling syiok, boleh buat duit. Oh.. baru saya tahu. Sebenarnya, saya pernah lah jugak terbaca beberapa penulisan pasal Forex ni. Ada banyak pendapat. Ada yang positif, ada yang negatif. Secara jujurnya, saya ragu-ragu bila ada pendapat yang mengatakan Forex ni ibarat suatu investment. Puas duk pikiaq, kot mana yang kata Forex ni boleh buat duit? Haha.. 


Itulah.. malu bertanya sesat jalan. Dalam hidup ni, nak buat apa pun kena ada ilmu. Nak masak nasi pun kena ada ilmu. Kalau tak ada ilmu, nasi boleh jadi bubur. Berbalik kepada Forex tadi, dengan confident nya, saya pun mula lah cari ilmu. Kekonon boleh belajar Forex ni secara online, tanya Encik Google. Tak dinafikan, memang ramai sangat sifu-sifu Forex dekat internet. Dekat Youtube pun bersepah video pasal Forex. Baca punya baca, jadi lagi pening. Tengok video pun tak faham. Tak tau nak ikut yang mana satu. 






Nak dijadikan cerita, saya ni minatt sangat dengan famous blogger, Cik Epal yang cun melecun tu. Hari-hari baca blog Cik Epal. Lepas tu dekat Instagram, Cik Epal selalu update pi travel sana sini, makan sedap-sedap. Saya ni jenis Joyah sikit. Bila dah minat seseorang yang famous, mula lah nak tau lifesytle dia macam mana. Haha.. Gigih duk pikiaq, laki Cik Epal ni mesti businessman. Buat bisnes juta-juta. Stalk punya stalk, haaa jumpa dah.. Jofliam, #forexmudahbyjo. Sebulan dua jugaklah saya duk baca dan usha Instagram dengan FB page masta Jo ni. Masta Jo selalu update pasal analisa Forex. Hari-hari duk share pasal currency pair mana yang ada high probability untuk trade. 






Saya rasa seronok bila baca share analysis masta Jo. Sebab ada penerangan yang jelas. Cara masta Jo explain pun nampak natural and humble. Haishh.. dah tak senang duduk. Excited gila nak join class. Nak tau lebih lanjut dan nak fahamkan konsep Forex ni dengan ilmu dan mentor. Bulan September 2015, saya terus WhatsApp masta Jo untuk join class. Masa tu, masta Jo pi holiday dekat Istanbul. Lepas masta Jo reply, saya discuss dengan hubby. Nasib baik hubby jenis yang positif dan supporting. Esoknya, terus saya bank in. Legaa rasanya sebab dah berjaya join class masta Jo. 


First class yang saya join ialah online class melalui Teamviewer. Sebelum join online class ni, kita akan dapat nota. So, baca dan fahamkan nota dulu. Walaupun tak faham 100%, at least bila masuk online class tu, kita dah tahu terms yang masta Jo sampaikan. Online class hari Ahad, pukul 10 pagi sampai 5 petang. Tak rasa bosan. Bestt. Masta Jo sangat OK, easy going, positif dan sangat membantu. Masta Jo bagi contoh yang mudah difaham. Nak tanya pun, tak lah malu sangat. Hehe.. Selain online class, ada jugak face-to-face class. Yang ni macam family day. Setiap orang bawak pot luck, makan-makan dan belajar secara santai. Boleh rapatkan lagi silaturrahim. Yang class ni saya belum sempat join lagi. Selalu clash dengan weekend acitivity. In shaa Allah, panjang umur, murah rezeki, memang saya teringin nak pi. Itu yang bestnya bila join #forexmudahbyjo ni. Semua student masta Jo ibarat macam satu family.  Selain ilmu Forex, banyak jugak ilmu lain yang boleh kita belajar bila join team Forex Mudah By Jo (FMBJ) ni. Tak rugi join. 









Paling best, bimbingan seumur hidup dalam group Telegram FMBJ super group. Ada 375 orang dalam group ni. Hari-hari kita buat share analysis. Jangan risau. Semua member dalam group ni sangat positive, active, supportive dan saling membantu. Bagi newbie, jangan malu bertanya. Ramai yang sedia membantu, siap screenshot step by step lagi. Cara masta Jo, be an observer. Kita bukan trade hari-hari. Biar tak trade hari-hari, asalkan jangan loss hari-hari. Kita trade bila ada BEST position. Yang paling syiok dalam group ni, kita entry berjemaah, TP berjemaah dan loss pun berjemaaah. Haha.. You are not alone ;) 






Dengan FMBJ, saya berjaya menepis tanggapan negatif tentang Forex ni. Bila ada ilmu, kita tahu kenapa entry, kenapa buy, kenapa sell, kenapa kena letak stop loss dan sebagainya. Yang penting, kena ada ilmu dan mentor. Kalau tak ada ilmu, jadilah macam gambling, pakai hentam saja sesedap rasa. Kebaikan Forex ni, kita dapat belajar cara mengawal emosi dan juga money management. Kena banyak sabar. Jangan tamak, jangan overconfident. Kena cool, positive and keep on moving. Everyday is a learning process. 


Dari segi performance, Alhamdulillah, saya dapat grow account tiga kali ganda daripada capital. Mungkin kejayaan ni kecik saja, tapi cukup bermakna buat saya dan mudah-mudahan akan menjadi salah satu penyumbang terbesar untuk ekonomi kami suami isteri. In shaa Allah more to come after this dengan usaha, doa dan sokongan daripada team FMBJ. Semoga team FMBJ akan terus berkembang dan ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan. Nasihat saya, carilah mentor yang betul dan berpengalaman untuk dapatkan ilmu. Sekurang-kurangnya bila ada tok guru, kita tak akan ulang kesilapan yang sama banyak kali. Saya doakan team FMBJ kaya berjaya di dunia dan akhirat! Amin =)


#forexmudahbyjo



Salam Sayang, 
Ain