Pages

Tuesday, 5 April 2016

Balik Kampung - Festival Halal Thai Food



Rindunyaa dekat kampung halaman.. Alhamdulillah, sempat habiskan empat hari di kampung dengan mak ayah dan adik-adik. Sempat jugak balik Jitra melawat tok dan mak menakan. Walaupun cuaca di Alor Setar panas terik, tapi tak terasa sangat.  Mungkin sebab rumah mak saya terletak di tepi bendang. Jadi, bila angin bertiup rasa nyaman sangat. Waktu malam pun sejuk. Syukur, hujan lebat membasahi bumi Kedah hari Sabtu lepas. 



Paling best, dapat jumpa dengan BFF, Aida dekat Aman Sentral. Dah lebih tiga tahun kami tak jumpa. Last jumpa masa saya nikah dulu. Kami just keep in touch melalui FB dan WhatsApp saja. Huhu. Aida ni lah yang temukan saya dan hubby. Terima kasih Aida sayang. Mudah-mudahan Aida akan bertemu jodoh dengan lelaki terbaik. Amin.




BFF sejak 2005


Dengan hubby


Yang seronoknya balik kampung kali ni,  kebetulan pulak ada festival makanan Thai di perkarangan Stadium Darul Aman. Rezeki. Saya memang suka dan ketagih dengan makanan Thai ni. Lagi-lagi tomyam, pulut mangga, som tam dan green tea. Hmm sedapnyaa. Kami pergi ke festival ni waktu malam. Lebih sejuk dan selesa. Tapi, berduyun-duyun manusia datang ke festival ni. Maklumlah, waktu siang panas kan. 



Sesak dengan pengunjung


Pulut mangga


Kerabu maggi yang sedap dan pedas


Sempat grab kebab ayam bakaq, pulut mangga, kerabu maggi dan ayaq keladi


Ada banyak gerai di festival ni. Ada gerai makanan dan minuman macam pulut mangga, pulut ayam, kerabu maggi, som tam, kuih tradisional Thai, laksa Thai, roti bakar, pancake, green tea, coffee dan macam-macam lagilah. Selain tu, ada juga gerai yang menjual ubat-ubatan tradisional, kerepek, hasil kraftangan. Kebetulan, pada malam yang kami pergi tu ada pertunjukan Muay Thai. Sebab tulah sesak dengan pengunjung. 


Duduk kampung lagi best.  Suasana nyaman dan tenang, makanan murah, dan paling best dekat dengan mak ayah dan family. Dah kahwin ni, wajiblah ikut suami kan. Yang penting, kena balik kampung selalu. Barulah terubat rasa rindu dapat peluk cium mak dan ayah. 



Salam Sayang, 
Ain