Pages

Thursday, 2 June 2016

Jalan-jalan di Genting Highlands


30 Mei yang lepas, encik hubby amik cuti. Nak berehat sebab setiap hari asyik OT. Kadang-kadang weekend pon keja jugak. Huhu. Tapi tak jadi rehat pun. Encik hubby ajak gi jenjalan. Tak tau nak pi mana. Tetiba saya teringin nak naik Genting. Walaupun tahu tak ada apa yang best dekat Genting sebab still under renovation kan. Indoor game je yang ada. Kalau bawak anak-anak, sesuai lah untuk indoor. 


Last kami pergi Genting tahun 2012 dulu sebelum kahwin. Sebenarnya saya teringin nak makan strawberry kering yang dijual dekat stesen kereta kabel tu aje. Hihi. Dah alang-alang sampai situ, terus je lah naik kereta kabel untuk ke atas. Orang tak ramai sangat. Tapi lepas Zohor, makin ramai yang naik. Cuti sekolah kan. Oh ya, harga tiket kereta kabel pun dah naik tau, RM12.80 untuk dewasa. 










Kami just jalan-jalan dan makan je. Ambil angin sejuk. Lepas waktu Asar, angin makin kuat. Kabus pun tebal. Suhu 22' C. Bila angin bertiup, sejuk sampai ke tulang. Best sangat. Dapatlah menikmati keindahan waktu senja di puncak Genting. Selesai solat Isyak baru kami balik.







Salam Sayang, 
Ain