Pages

Thursday, 28 July 2016

Inikan Raya


Assalamualaikum semua. Dah sebulan tak update blog. Sibuk dengan persiapan raya, kenduri kawen, open house bagai. Still belum terlambat nak wish Selamat Hari Raya kan? Raya kan sebulan. Hehe. Maaf zahir dan batin dari hati andai ada terkasar bahasa atau tersilap kata.


Salam Syawal daripada kami suami isteri

Raya tahun ni actually nak pakai tema royal blue. Dah berkenan sangat dengan satu jubah ni. Design simple tapi cantik. Tup-tup encik suami kata nak recycle jer baju melayu masa first year Syawal dulu. Warna kuning mustard. Aloo sedehnya rasa. Baru berangan nak pakai jubah cantik tu. Haha. Tak pe lah. Dah encik suami cakap gitu kenalah ikut kan. Lagi pun betul jugak cakap encik suami. Membazir beli baju melayu banyak-banyak. Pakai on first day raya jer. Lepas tu carry forward pakai masa terawih puasa tahun depannya. 



Kalau ikutkan, tahun ni giliran beraya dekat Loq Staq. Tapi memandangkan encik suami tak dapat cuti hari Selasa (5 Julai) tu, terpaksalah beraya dekat Key El dulu dengan family mertua. Huhu sedeh. Ingatkan nak terus balik kampung lepas sesi bersalaman tu. Alih-alih encik suami penat sangat, tertidur pulak. Dah dekat pukul 6 petang baru gerak balik ke kampung. Tapi tak apa. Happy je balik kampung sebab jalan dah lengang. Eh, baru perasan. Raya tahun ni semua pakat angkat team. Hihi 


#teamrayakl
#teamrayakedah

Mak dan ayah mertua

Sebahagian family mertua

My family. Terpaksa edit sebab adik laki kerja masa raya haritu.
Kak ipaq dan adik ipaq duk tepi masa ni. Hehe

Adik-adik perempuan, kakak ipaq dan anak menakan

Balik kampung haritu memang seronok sangat. Dapat sambut birthday mak (7 Julai) haritu ramai-ramai. Seminggu kat kampung tak terasa. Tak puas lagi spend masa dengan family and jalan-jalan dekat Loq Staq. Tak sempat nak jumpa semua sedara. Ramai sepupu dah balik KL, dah balik ke kampung mertua. Biasanya 1st Syawal semua akan berkumpul dekat rumah tok dulu. Sebab 2nd Syawal baru kami dapat beraya kat kampung. Kami pi beraya rumah sedara yang dekat-dekat ja. Panjang umur, raya tahun depan boleh buat gathering. 


Happy birthday mak

Kek coffee yang lembut dan sedap

Setiap kali balik kampung, memang wajiblah kami JJCM dekat Loq Staq kan. Hihi. Mesti pekena kuetiau Iman. Paling best, haritu dapat jugak merasa roti nan cheese leleh dekat Masjid Tandop. Dah cemuih asyik makan ketupat, lemang, rendang dengan kuih raya kan. Dan, on the way balik KL sempat lagi singgah Sungai Dua. Hee


Nan cheese. RM10 satu set

Kuetiau Iman

Mi udang. Sepinggan RM10

Ok, till next entry..



Salam Sayang, 
Ain