Pages

Tuesday, 25 October 2016

Takziah : Kebakaran Di Hospital Sultanah Aminah



Tengah hari tadi mak menakan kak ain share pasai kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Ya Allah.. Rasa terkejut, sebak dan sedih sangat. Ada yang meninggal. Lepas tu, pesakit-pesakit lain terpaksa keluar untuk menyelamatkan diri dalam keadaan sakit. Ibu-ibu yang baru bersalin lagi lah terseksa. Kesiannya. Allahu.. Takziah untuk keluarga mangsa atas kejadian yang tak disangka ini. Semoga tabah dengan ujian Allah.






[Info daripada WhatsApp] Dikatakan puncanya adalah daripada saluran oksigen dan litar pintas yang meletup. Enam orang yang maut adalah pesakit di ICU. 


Allah baru uji sebahagian kecil hospital kita terbakar pun dah teruk kesannya. Tak dapat bayangkan macam mana keadaan saudara Islam kita di Palestin yang hospital mereka dibom Israel durjana. =(



Salam Sayang,
Ain