Pages

Thursday, 14 September 2017

Takziah : Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz


 إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

(Innalillahi wa inna ilaihi raji'un)




اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف


(Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu)

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."




Al-Fatihah untuk semua arwah.. Satu lagi tragedi menyayat hati yang mengorbankan pelajar-pelajar tahfiz di Pusat Darul Ittifaqiyah, Keramat. Meremang bulu roma aku bila hubby aku bagitau pasal kebakaran ni. Yela, macam baru jer lagi dengar kes kemalangan pelajar tahfiz di Kuala Krai masa bulan puasa haritu. Jauh di sudut hati, sungguh aku cemburu. Adik-adik syurga ni syahid di waktu Subuh, pagi Khamis yang indah. 


Dalam masa yang sama, memang seram bila pikir balik. Teringat kata-kata Ustaz, di akhir zaman, Allah akan mengangkat ilmuNya dengan mematikan para ulama dan orang-orang soleh hingga meninggalkan kita yang serba jahil ni. Allahu.. Kiamat dah semakin dekat. Bersediakah kita?? :'(


"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu secara langsung daripada para hamba, tetapi mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama sehingga tiada lagi seorang alim. Maka, manusia akan menjadi orang-orang bodoh sebagai pemimpin, lalu mereka ditanya kemudian mereka akan memberikan fatwa tanpa ilmu, dan mereka akan menyesatkan orang lain." (HR : Bukhari dan Muslim)



XOXO,
Ain