Pages

Wednesday, 25 April 2018

Bercuti Ke Korea (Musim Bunga) : Part 2


DAY 4 : 17 April


1. Itaewon (Line 6 to Itaewon Station, Exit 3)


Dari Itaewon Station, jalan terus dan belok kanan ke Usadan-ro Street. Jalan terus dan daki bukit, belok kiri ke Usadan-ro 10-gil Street. Jalan terus sampai nampak pintu gerbang masjid. Tujuan utama ke sini adalah nak melawat Seoul Central Mosque. Satu-satunya masjid terbesar yang ada di Seoul. Sini banyak kedai runcit Halal dan restoran Halal. Perjalanan menuju ke masjid ni sangat mencabarr ye. Tinggi gila kena mendaki sebab masjid  terletak kat atas bukit. 




Alhamdulillah sampai jugak


Pemandangan dari atas bukit



2. Hanggang Park (Line 5 to Yeouinaru Station, Exit 2)


Memandangkan aku dah masak sesiap kat guesthouse, kami berkelah di kawasan taman tepi Han River yang femes ni. Sejukk gila lepak kat sini. Angin sangat kuatt sampai menyucuk-nyucuk ke tulang. Aku menggigil satu badan tak tahan sejuk. Patutla Korean semua sewa khemah. Duduk dalam khemah lagi syiok. Rasa warm jer. 



Instant rice + rendang Adabi jer. Brand Adabi lagi sedap dan fresh daripada Brahim


Geramm tengok bunga


Hanggang Park


Geramm gila tengok bebunga kat sini. Ya Allah cantikk sangat. Rasa nak cabut bawak balik je. Haha. Kalau korang nak sewa basikal kat sini pun boleh. Maklumlah park ni kan luasss yakmat. Lagi best exercise, boleh jenjalan sambil pegang tangan incik suami. Romantik gitu. Kikiki.. 



Subhanallah


Di tepi Han River


Kami lepak kat sini sampai senja. Niat di hati nak pergi tengok rainbow light show dekat Banpo Bridge lepas tu. Tengok map, jauh benor nak ke Banpo Bridge. Aku ingatkan bridge tu dalam Hanggang Park. Huhu tak dapatlah tengok light show. 



DAY 5 : 18 April


Everland (Airport railroad to Gangnam Station, Exit 10)


Daripada Exit, jalan terus ke depan sampai jumpa kedai Body Shop di sebelah kiri. Jalan terus lagi sampai jumpa kedai LUSH Cosmetics. Naik bas No. 5002 kat depan kedai ni. Bayar guna T-Money. Tambang 1,100 Won. Perjalanan ke Everland 50 minit. Turun dekat stesen bas, naik pulak free shuttle bus untuk masuk ke dalam Everland. 



Depan pokok ajaib


Subhanallah.. Geramm nya tengok tulip


Puas hati dapat bergambar dengan lautan bunga tulip. Alhamdulillah


Memang best giler dan puas hati sangat dapat ke Everland sebab dapat tengok lautan bunga tulip sempena Tulip Festival (16 Mac - 29 April). Inilah tujuan utama aku ke sini. Aku beli tiket dekat klook.com yang mana jauhh lebih murah daripada beli di kaunter. RM136 sorang. Print jer tiket dan terus masuk. Tapi korang kena plan betul-betul sebab beli online kena pilih fixed date. Kalau tak jadi pergi, memang burn ah tiket. Sebelum pilih date tu, check cuaca dulu yer. Alhamdulillah masa kami pergi cuaca sangat baik, ada matahari dan angin sejuk sikit. Just nice sangat. Matahari dekat Seoul ni jangan pandang ringan. Terik tau. Habis burn muka dan tangan aku. Lupa nak sapu sunblock. Memandangkan cuaca yang baik, ramai giler rombongan bebudak sekolah datang. Parents pun ramai yang bawak anak-anak. 



Neves jugak naik sky lift ni


Sakura lagi


Memula sampai sini, amik map. Plan lah korang nak pergi tempat mana. Luas gila Everland nih. Berbukit-bukau. Tak sempat nak cover semua tempat dalam sehari. Sama macam aku pergi Disneyland dulu, dapat pergi beberapa tempat jer. Huhu. Tapi aku sangat puas hati sebab niat asal nak menikmati keindahan bunga tulip. Tak adalah nak enjoy lelebih macam kanak-kanak Ribena. Hehe.. 



Four Seasons Garden yang penuh dengan tulip


The Parade show pukul 3 petang


Yang kami sempat naik adalah sky lift, Rotating House, sky space, bas Safari Tour pastu spend masa paling lama dekat Four Seasons Garden. Safari Tour tu memang best sebab dapat tengok singa, beruang, dubuk, harimau dari dalam bas. Tapi nak menunggu turn tu seksa gilaa. Kami beratur dekat dua jam kott. Last-last naik bas 15 minit jer pusing-pusing dalam tu. Hahaaa. Sini memang spot femes untuk parents bawak anak-anak. Itu yang ramai. 



Safari animal world


Safari tour dengan bas


Oh ya, dalam Everland ada surau dekat Mystery Mansion. Kena gilir-gilir lelaki dan perempuan. Telekung tak ada yer. Datang ke Everland pun aku masak. Diorang tak check beg pun. Boleh je bawak makanan sendiri. Siap ada kerusi meja disediakan dekat Picnic Site. Boleh makan dengan senang hati. 


Menjelang petang, cuaca jadi sangat sejuk. Menyesal betul aku tak beli thermal wear. Huhu. Gigih menahan sejuk sebab nak tunggu fireworks show pukul 8.30 malam. Bertempat di Four Seasons Garden. Semua pengunjung kena halau ke sini. Hahaa.. Habis je fireworks show, kami pun balik ke guesthouse. Jangan risau, bas ke Gangnam Station ada jer. Time balik tu kami naik bas pukul 9.15 malam dah. Cara balik sama macam masa datang yer. 



Parade show di waktu malam


Fireworks show



DAY 6 : 19 April


1. Namdemun Market (Line 4 to Hoehyeon Station, Exit 5)


Datang Namdaemun nih tak lain dan tak bukan untuk shopping ler. Sedikit tips. Jangan beli dekat kedai-kedai di bawah. Mahal wei. Kitorang dah terkena. Menyesal gila tak pusing-pusing dulu. Excited sangat nak shopping kann. Korang kena turun ke basement lepas tu masuk ke Namdaemun Plaza. Dapat harga borong. Murahh gila. 



Muka redho. Dah terbeli souvenirs mahal. Baru jumpa yang murah kat sini. Huhuu


Namdaemun Plaza


Jauh beza lah harga souvenirs dalam plaza ni compared to kedai kat bawah yang bebanyak tu. Aku beli purse, fridge magnet, set chopstick, kepit kuku dengan keychain kat sini. Brooch yang cantik dan murah pun aku beli dekat plaza ni. Tingkat 3. Murah. Banyak choice. Awek Korea yang jual brooch tu siap boleh cakap Melayu sikit-sikit. 



Brooch Korea


Souvenirs untuk kami dan family 



2. Dongdaemun History Culture & Park (Line 2, 4, 5, Exit 1)


Jenjalan tengok plaza mall yang bentuk macam kapal UFO tu. Kami berkelah kat sini dan makan sandwich tuna yang aku bawak dari guesthouse. Lepas tu tengok LED roses. Nak tengok roses ni,  naik tangga yang kat tengah-tengah M1. 



Dongdaemun Plaza


Rasa macam dekat aerospace


Dah puas jenjalan di sini, kami terus naik subway ke Myeongdong food street pulak. Tapau kebab dengan red bean bun untuk makan malam. Sampai ke guesthouse, fengsann. Dua-dua penat + sakit kaki. Nama pun datang jenjalan kan. Biasa ar. Kekeke...



Lautan LED roses


Ok, jom balik


XOXO, 
Ain