Pages

Wednesday, 16 May 2018

Cara Sambut Ramadhan


Marhaban ya Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. Dah setahun eh since puasa last year. Semoga puasa tahun ini membawa seribu rahmat dan keberkatan untuk kita semua. Amin. Jangan sia-siakan ganjaran pahala yang Allah offer. Setahun sekali jer dapat pahala berganda-ganda di bulan yang mulia ni. Tahun depan belum tentu kita akan merasa nikmat Ramadhan. Panjang umur, in Shaa Allah. Pendek umur, Innalillah.. Hehe. Selamat Berpuasa korang =)








Sharing daripada Ustazah Norhafizah Musa - Cara Sambut Ramadhan


1. Bila Ramadhan tiba, sambutlah dengan sujud syukur. Tanda terima kasih kepada Allah kerana memilih kita untuk terus beribadah di bulan yang mulia ini.

2. Bila bertemu dengan ahli keluarga, sanak-saudara, sahabat handai, ucapkanlah Ramadhan Kareem dan orang yang mendengar hendaklah menjawab, Allahu Akram (Allah Lebih Mulia).

3. Sambutlah Ramadhan dengan wajah yang berseri-seri tanda kegembiraan yang tak terhingga dan berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah. Selalu berbicara dengan Allah walau di dalam hati. Contohnya, "Ya Allah, aku berpuasa hanya untukMu. Terimalah puasaku ini."

4. Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dengan bersih dan cantik kerana terlalu banyak rahmat yang Allah hendak berikan di bulan yang mulia ini.

5. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan yang lalu. Hiasilah diri dengan iman dan taqwa. 




XOXO, 
Ain