Pages

Monday, 7 May 2018

Kelebihan Air Mawar






Korang tahu tak yang air mawar adalah salah satu rahsia kejelitaan Cleopatra? Betapa uniknya bunga mawar yang Allah jadikan. Bukan saja baunya yang wangi, malah bunga mawar itu sendiri bersifat anti-bakteria dan bertindak sebagai pelembap semulajadi kulit. 


Secara fakta, bunga mawar adalah bunga yang paling diminati ramai. Sebagai lambang cinta sejati dan kasih sayang buat insan tercinta. Selain boleh dimakan, bunga mawar mampu hidup lebih lama dan merupakan salah satu sumber terbaik vitamin C. Wow!


Air mawar bersifat antiseptik yang mana sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif. Boleh jer masukkan air mawar ni ke dalam list penjagaan kulit wajah korang. Hebatnya air mawar ni sampaikan digelar sebagai 'beauty magic potion'


Jom baca 10 kelebihan air mawar:


1. Air mawar membantu menyeimbangkan pH kulit. Di samping mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan. 

2. Dengan sifatnya yang anti-radang, ia boleh mengurangkan masalah kulit. Contohnya gatal-gatal, kulit yang kemerah-merahan, ekzema dan lain-lain. 

3. Air mawar membantu melembapkan kulit agar kelihatan lebih segar. Ia juga adalah ejen pencuci muka yang terbaik.

4. Bersifat anti-bakteria yang dapat mengatasi luka dan kesan parut.

5. Air mawar bersifat anti-oksidan untuk membantu menegangkan struktur kulit dan menggantikan sel tisu yang baru. Supaya kekal awet muda.

6. Boleh mengecilkan liang pori yang besar dan terbuka.

7. Baunya yang wangi dapat menstabilkan emosi agar merasa lebih tenang dan relaks.

8. Dengan khasiatnya yang melembapkan, ia dapat mengurangkan masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala.

9. Spray air mawar pada sarung bantal untuk tidur yang lebih nyenyak.

10. Paling best, air mawar bersifat anti-penuaan. Ia membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis halus di wajah.



XOXO, 
Ain