Pages

Monday, 25 June 2018

Jalan-jalan ke Bukit Kayu Hitam


Balik kampung sempena raya haritu, aku sempat pergi ke Bukit Kayu Hitam. Hubby aku lah, excited benor nak pi borong coklat. Tak apalah abang, asalkan bahagia. Hehe. Kat sini ada The Zone, duty free mall. Semua barang ada. Beg, kasut, pinggan-mangkuk, baju, perfume, rokok dan coklat. Benda lain aku tak sempat nak tengok, just focus on chocolate semata-mata. 



Sebelum sampai sini, kena lalu pemeriksaan imigresen dulu. Diorang tanya nak pergi mana. Cakap jer nak pergi The Zone. Tak kena turun dari kereta pun. Masa balik jer driver kena turun dan buka bonet. Masa ni cuti raya kan. Banyak sungguh kereta. Kami beratur panjang dekat pintu pelepasan sebab ramai nak pergi bercuti ke Thailand. 








Heaven betul shopping coklat kat sini. Dari segi harga, aku rasa lebih murah daripada di Langkawi. Dan, ada  banyak jugak coklat yang takda kat Langkawi tapi kat sini ada. Korang siapkan duit jer. Sebelah The Zone ada bazar yang jual baju, makanan ringan, mainan dan lain-lain macam kat Padang Besar tu. Tapi aku tak boleh nak shopping sangat sebab semua peniaga masih bercuti sempena raya. Time aku pergi, ada tiga buah kedai je yang bukak. Selamatt duit aku. Kekeke.




Hasil tangkapan

Sebelum balik ke Loq Staq, kami singgah makan tomyam dulu kat kedai tepi jalan. Sorry aku lupa nama kedai. Kekeke.. Tak ada rezeki nak masuk Thailand makan tomyam kaw. Makan kat sini pun dah sedap sangat. Harga pun murah. Total RM42 jer untuk tiga orang makan. Yang penting kenyang. Alhamdulillah. 



XOXO, 
Ain