Pages

Wednesday 7 December 2016

Bercuti ke Langkawi 3H 2M


Ini kali kedua saya dan hubby ke Langkawi. First time kami pergi bersama masa lepas nikah dulu. Kiranya percutian kali ni ibarat menggamit memori lah gitu. Hihi. Actually, kami tak plan pun nak pergi. Dah alang-alang keluarga mertua tengah bercuti dekat sana, tiba-tiba pulak hubby ajak pergi. Last minute kami booking ticket AA. Mahal. RM300 ++ pergi balik untuk dua orang. Pheww..


Nak dijadikan cerita, hari yang kami nak fly ke Langkawi tu, kami terlambat sampai dekat airport. Sebelum tu hubby dah balik rumah awal sebab kerja half day. Tup-tup bos dia call ada kerja urgent dekat Cheras. Jalan jam teruk pulak masa nak ke airport tu. Kami parking kereta dekat Putrajaya Sentral, then naik train ke KLIA 2. Tambang train RM9.80 sorang. Parking kat sini sangat murah tau, RM14 jer untuk tiga hari.


Kami sampai kat KLIA 2 pukul 6.15 petang. Sepatutnya boarding time 5.45 petang. Omaigadd.. Terus ke kaunter AA, staff tu cakap gate dah tutup tapi boleh cuba lah. Kena lari. Haa.. Ketaq lutut tak tau nak habaq. Nasib baik tak check in luggage. Apa lagi, kami laki bini berlari-lari ke platform. Dah la platform hujung sekali. Rasa nak tercabut jantung. Dugaan betui. Dalam hati ni, redha dan tawakal je lah kalau terlepas flight. Alhamdulillah, flight delay. Pukul 7.00 malam baru depart. 


Hello Langkawi

Accommodation dah jimat sebab kakak ipar booking apartment yang koperasi Pos Malaysia punya, Kondo Istana. RM50 jer untuk 1 malam. Ada tiga bilik tidur dan dua toilet. Besar jugak, selesa. Paling best, dari living hall sampai ke bilik tidur semua ada aircond. Towel, pinggan mangkuk, cawan, sudu dan garpu dah disediakan. Cuma, apartment ni tak adalah cantik dan bersih sangat sebab apartment lama kan. Tapi, berbaloi lah untuk bajet. Hihi. Bonus, apartment ni betul-betul terletak di sebelah Kompleks Haji Ismail yang baru tu. Siap-sedia untuk cuci purse yer.


Kondo Istana

Ruang tamu

View dari ruang tamu


Sampai jer kat Langkawi International Airport, kakak ipar dan mak ayah mertua semua dah tunggu. So, kami terus gerak ke pekan Kuah untuk makan malam. Balik ke apartment, mandi, solat dan terus tidur. Penat berlari siang tadi tak habis lagi. Hehee.. 


Hari kedua. Semua bangun awal harini. Mak mertua masak maggi goreng. Aktiviti harini ialah naik kereta kabel dan shopping. Dah siap breakfast, kami terus gerak ke Langkawi Sky Cab. Jarak dari apartment ke stesen kereta kabel lebih kurang 45 minit. Jauh jugaklah. 


Dah sampai

Dari jauh dah boleh nampak deretan kereta kabel duk tergantung kat atas tu. Masa nak beli tiket, ramai gila orang. Yela, cuti sekolah kan. Beratur panjang lah. Hujan turun dengan lebatnya. Tunggu turn untuk naik kereta kabel pun kami beratur sejam lebih. Bila dah naik, ya Allah gayat oi. Takutnya. Dengan hujan dan angin yang agak kuat. Bergoyang-goyang kereta kabel kami. Rasa nak luruh jantung. Mengucap panjang masa ni. Haha.. 


Kecut perut 


Hujan


Pemandangan yang cantik dari puncak


Rupa-rupanya, nak berjalan di atas sky deck tu kena bayar pulak sorang RM5. Kami tak sempat pun nak berjalan sebab hujan turun dengan lebatnya. Tak ada rezeki nak jalan-jalan kat sky deck. Lepas bergambar, kami pun turun semula ke bawah. Masa nak turun ni dah kurang sikit takut sebab rasa cepat jer masa turun. Sedar-sedar dah sampai bawah. Hihi. 


Lepas tu kami masuk pulak ke Muzium 3D. Besar gila muzium ni. Tiga tingkat. Puaslah nak bergambar. Sampai tak tahu nak posing macam mana dah. 







Family photo

Dah penat berposing, kami pun keluar dari 3D Museum Art. Perut pun dah berkeroncong. Terus pergi makan dekat kedai makan kat tempat parking kereta. Sedap nasi goreng dekat situ. Harga pun murah. Masuk je dalam kereta, semua dah selamat Zzzzz, Letih sangat. Lepas Maghrib, kami turun ke Kompleks Haji Ismail. Masa untuk shopping. Tak adalah nak membeli banyak pun. Just beli coklat jer untuk family, kawan-kawan dan jiran. 


Rambang mata

Hasil tangkapan

Dah penat shopping, poket pun dah kering barulah ingat nak balik. Hihi. Terus tidur awal sebab esok harinya kami nak balik KL dah. Lepas jer check out dari apartment, kami ke Padang Mat Sirat pulak. Last minute shopping. Sempat makan ikan bakar dekat situ. Sedapp. Lepas tu terus ke airport. Pukul 5.00 petang kami dah fly back to KL. Walaupun tak dapat pergi banyak tempat, tapi percutian singkat ini sangat bermakna. Boleh lah release stress sikit dan spend quality time dengan family. =) 


Babai Langkawi


Salam Sayang,
Ain