Pages

Friday, 26 July 2019

Begedil Ayam Cara Mudah


Bahan-bahan :

3 biji ubi kentang (untuk 10 ketul begedil)
2 keping dada ayam (potong kecil)
1 sudu kecil bawang goreng
1/2 biji bawang besar
Sedikit garam
1 biji telur




Cara-caranya : 


1. Goreng ubi kentang dan toskan. Tumbuk sampai lumat ketika masih panas.

2. Goreng isi ayam. Lepas tu tumbuk sikit bagi halus. 

3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali telur. Kacau rata.

4. Asingkan telur kuning dan putih.

5. Tambahkan telur kuning dengan adunan ubi kentang dan ayam tadi. Gaul sebati.

6. Bentukkan adunan jadi bulat. Lepas tu tekan sikit bagi leper.

7. Celupkan ke dalam putih telur. Goreng sampai perang. Jangan alihkan begedil selagi 
belum garing. (Tips supaya begedil tak pecah) 


Mudah jer kan. Boleh ratah atau makan dengan nasi, lontong dan soto. Selamat mencuba =)


XOXO, 
Ain


Tuesday, 18 June 2019

Rahsia Kecantikan Wanita Korea






Tak dinafikan walaupun ramai yang buat plastic surgery, tapi kulit wanita Korea memang super licin, gebu dan flawless habis tau. Sebab diorang rajin jaga pemakanan dan juga penjagaan kulit. Jom baca sharing daripada Pengasas Jeju Muslim Travel, Kina Omar : 


1. Skincare wajib ada pencuci muka, toner dan moisturizer. Cuci muka bukan guna jari tapi berus yang jenis pobling. Lebih bersih. 

2. Guna peeling gel atau scrub sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Untuk singkirkan sel kulit yang dah rosak dan mati.

3. Setiap hari sapu sunblock pada muka dan tangan. Paling penting supaya muka tak nampak kusam, sunburn, tumbuh jerawat atau jeragat.

4. Tak suka makanan yang berminyak dan manis. Kalau masak pun, guna garam sikit jer.

5. Banyak makan sayur. Perasan tak, diorang punya side dishes kebanyakannya adalah sayur. 

6. Aktif bersukan dan bersenam. Bukan setakat di gym. Diorang suka beryoga, zumba dan hiking.

7. Pakai face mask seminggu dua kali. Supaya kulit kekal lembap, lembut dan berseri.

8. Amalkan makan seaweed yang kaya dengan kolagen. Sama ada yang siap proses atau masak sup. 


Semoga bermanfaat =)


XOXO, 
Ain

Thursday, 23 May 2019

Lima Punca Jeragat


Jeragat adalah salah satu masalah kulit yang biasanya tumbuh di muka. Sama ada berwarna coklat atau kelabu. Secara fakta, jeragat lebih mudah menyerang wanita berbanding lelaki. Tapi jeragat nih memang buatkan kita rasa malu dan tak yakin nak jumpa dengan orang kan? Pakai mekap tebal pun masih tak boleh nak cover. Apa punca terjadinya jeragat ye?






1. Sinaran UV

Bagi yang kerap berada di luar rumah dan terdedah kepada sinaran UV, lagi mudah jeragat membiak. Bahayanya sinaran matahari yang kena direct pada kulit boleh merosakkan sel kulit. So, sebelum nak keluar rumah wajiblah sapu sunblock dulu yer. 


2. Produk Yang Rendah Kualiti

Kalau betul sayangkan kulit, tolonglah jangan beli dan guna produk kosmetik atau alat solek yang tak ada kualiti. Yang terlalu murah harganya. Contoh macam produk timbang kilo tu. Sebab kita tak tahu bahan apa yang digunakan. Biasanya yang murah sangat nih, ada bahan kimia merbahaya. Lama-lama kulit makin menipis dan terhakis. 


3. Keturunan

Tak dinafikan yang jeragat nih berpunca daripada faktor keturunan jugak tau. Kalau mak korang ada masalah jeragat, ambil langkah berjaga-jaga. Kemungkinan besar korang pun akan alami masalah yang sama. So, kenalah ikhtiar.


4. Usia 

Makin meningkat usia, makin tinggilah risiko jeragat tumbuh mencanak. Sebab kadar kolagen dah makin kurang. Sistem pertahanan kulit pun semakin lemah. Korang yang dah masuk three series tu kenalah lebih rajin jaga kulit tau.


5. Perubahan Hormon 


Sesetengah ubat-ubatan boleh mempengaruhi hormon wanita. Pil perancang pun sama. Atau ada jugak jeragat yang muncul ketika mengandung sebab perubahan hormon. Lepas bersalin bila hormon dah stabil, jeragat pun hilang. Tapi ada jugak yang tak hilang tau. Huhu. Ikut hormon memasing. 


Haa seramm kan baca punca-puncanya. Nak cara lagi mudah? Boleh ikhtiar dengan Women Desiree. Calit kat nadi jer. Semudah 123 jeragat pun lesap. Klik link nih okay. =)












XOXO,
Ain