Pages

Friday 13 February 2015

5 LANGKAH MUDAH BERJAYA DALAM BISNES


Assalamualaikum. Hai. Mulakan hari dgn senyuman.  =)




Setiap usahawan WAJIB jaga 5 perkara ini jika mahu berjaya:


1. JAGA HATI
-Penting sangat! Jangan tarik benda negatif ke hati & minda.
-Berlapang dada dengan rezeki kita, jangan dengki dengan rezeki orang lain.
-Juga jangan mudah 'Patah Hati' dalam bisnes.


2. JAGA HUBUNGAN
-Jaga semua hubungan.
-Dengan Allah, ibu bapa, suami/isteri, keluarga, biz partner dan rakan2 & persekitaran.
-Hubungan yang sihat membawa lebih banyak keberkatan pada bisnes.


3. JAGA NAFSU
-Jangan cepat tewas dengan nafsu untuk berbelanja!
-Kenalpasti dahulu ia keperluan atau kemahuan untuk bisnes.
-Tidak berbaloi berbelanja besar untuk menunjuk yang kita berjaya (dari yang sepatutnya).


4. JAGA KEWANGAN
-Asingkan cashflow untuk bisnes dan peribadi.
-Gunakan sistem cashflow yang teratur.
-Perbelanjaan vs. Pendapatan perlu diseimbangkan. 


5. JAGA PELANGGAN SEDIA ADA
-Wajib!--> Simpan database pelanggan sedia ada!
-Jangan abaikan pelanggan sedia ada anda. Layan mereka seperti kawan rapat.
-Pelanggan sedia ada lebih senang membeli berbanding pelanggan baru.



P/S : In shaa Allah. Jom amalkan bersama-sama.