Pages

Tuesday 13 October 2015

Kisah Benar : Kerap Makan Luar dan Vitamin C Punca Kanser


Alkisahnya, tadi saya ada pitching filem hantu Thailand untuk projek worldwide di KL Sentral. Saya menanti CEO syarikat tersebut yang menelefon saya untuk sama-sama menghadap panel berkaitan bajet filem dan sebagainya. Bila beliau tiba, kami berbual dan bercerita soal kerjaya masing-masing. Ketika beliau membuka cerita, "saya pesakit kanser." Saya tergamam!
Mr. X (bukan nama sebenar) adalah seorang CEO di sebuah syarikat. Perwatakannya yang ceria dan nampak cergas tidak menunjukkan bahawa beliau penghidap kanser darah. Jika mengikut perkiraan doktor, selepas menjalani dua kali kimoterapi beliau akan menghembuskan nafas terakhir. 


Selepas menjalani ujian darah, doktor mengesahkan Mr. X menghidap kanser darah. Hanya tiga soalan yang doktor tanya kepada beliau:


Doktor : "You suka makan kat luar ye?"

Mr. X : "Bukan suka, tapi hari-hari makan luar." (Isterinya seorang pengurus di sebuah hotel terkemuka. Punya kerjaya dan gaji yang besar)

Doktor : "You biasa makan Vitamin C ke?"

Mr. X : "Yes, saya memang suka makan Vitamin C sejak zaman remaja lagi."

Doktor : "Apa minuman yang You selalu amalkan?"
Mr. X : "Suka suka minum air lemon suam ataupun iced lemon tea."
Berdasarkan soalan itu, doktor sudah tahu faktor yang menyebabkan beliau menghidap kanser darah:


1. Makanan luar antara penyebab kanser kerana mengandungi kandungan MSG dan bahan perasa yang terlalu tinggi. 


2. Vitamin C juga antara penyebab kanser! Ramai yang menganggap makan Vitamin C adalah baik untuk kesihatan. Tapi, tahukah anda bahawa kebanyakan Vitamin C dicampur dengan pelbagai bahan kimia?


3. Air lemon adalah penyelamat kepada Mr. X kerana air lemon yang dicampur dengan ais bertindak sebagai Vitamin C semulajadi. Manakala air lemon suam pula menjadi pengubat kanser. 


Mr. X tidak mahu menjalankan sebarang rawatan kimoterapi. Akhirnya, beliau menemui herba penawar iaitu Belalai Gajah serta Dewa Raja. Dua jenis herba inilah yang diamalkan oleh beliau. Daripada tidak boleh bangun, terlantar sakit dan kurus kering, kini beliau mampu menjalani kehidupan dengan cergas.


* Kisah benar ini diceritakan oleh saudari Nurull Halawati (penulis skrip dan novel) 



Moral of the story; Masaklah di rumah untuk suami dan anak-anak. Lebih bersih, selamat dan mengeratkan lagi kasih sayang. Jangan membeli Vitamin C sembarangan tanpa mengetahui kandungannya. Amalkan minum air lemon.



Salam Sayang,
Ain