Pages

Tuesday 1 November 2016

Tips Penting Selepas Buat Facial


Zaman belajar dulu, memang banyak kott jerawat kat muka saya ni ha.. Sampai malu gila nak jumpa orang. Pergi kelas pun terpaksa lah cover dengan concealer 6 inci. Hahaa.. Setiap kali miss J tumbuh, rasa geram dan stress sangat. Jerawat tu tak la tumbuh sekaligus. Sikit-sikit. Tapi, parut hitam akibat jerawat tu yang payah sangat nak hilang. So, muka pun jadilah macam polka dot.


Lepas terbaca pasal satu artikel dalam majalah, saya pun dengan gigih dan confident nya pergila buat facial. Dengan harapan nak kulit flawless uolls. Gedik. Masa tu baru 19 tahun kot. Terpengaruh dengan model-model jelita dalam majalah tu. Terus nak buat facial. Tak buat research langsung pasal kebaikan dan keburukan facial ni. Pakai hentam saja. Haha..






Masa saya buat facial tu, ada pakej sekali dengan rawatan resdung. Masa tu tak mahal pun harganya. Tak sampai RM30. Yela, 10 tahun lepas kan. Sekarang ni mana nak dapat dah harga gitu. Bila buat facial, part yang paling menyakitkan ialah masa buang whitehead dan blackhead tu. Dah la sebelum tu, muka kena sauna. Selepas facial, habis muka saya jadi merah-merah macam udang terbakaq. Dah la kulit saya jenis sensitif. Hadoi. Paling menyesal, liang pori terbuka. Besar gila oi.. Teruk sangat, dah macam kawah bulan. 


Rupa-rupanya, ada tips untuk elakkan liang pori daripada terbuka luas tau. Kalau korang nak buat jugak facial, pastikan selepas balik ke rumah, cepat-cepat ambil ais batu. Sapu ke seluruh muka. Ais batu boleh membantu untuk tutup balik liang pori yang terbuka masa facial. Inilah kesilapan besar yang saya tak tahu. Masa tu tak matang lagi. Tak fikir panjang. Huhu menyesal tak sudah. So, korang janganlah ulang kesilapan saya ni ok. Hargailah kecantikan yang Allah bagi tu. Jaga baik-baik. 






Salam Sayang,
Ain