Pages

Monday 11 February 2019

10 Makanan Untuk Awet Muda





Sebenarnyaa nak badan sihatt, kulit cantikk glowing dan berseri-seri, kena jaga pemakanan. Diet seimbang dan gaya hidup yang betul boleh mempengaruhi penampilan kita. 


Konfom hati kembang setaman bila ada orang puji kita nampak mudaa belia berbanding usia kann? Jomm sesama amalkan sepuluh jenis makanan kat bawah ni untuk awet muda. :)


1. Kopi




Berita baik untuk korang yang coffee lover. Kopi mengandungi sebatian bioaktif yang dapat melindungi kulit dan mengurangkan risiko daripada terkena kanser kulit. 



2. Avocado 




Sumber vitamin E terbaik yang dapat mengatasi masalah parut hitam. Kandungan lemak di dalam avocado boleh menjadikan kulit kekal lembap dan licin. 



3. Tomato 




Kaya dengan sumber vitamin C yang membantu penghasilan kolagen. Lycopene yang terdapat dalam tomato juga boleh menghalang kerosakan kulit akibat panahan matahari. Di samping dapat melancarkan peredaran darah.



4. Oat 






Oat mempunyai indeks glisemik yang rendah. Apabila kita makan oat, paras gula dalam darah takkan naik. Maka, boleh mengelakkan jerawat dan kedutan. Oat juga menghalang kulit daripada rosak dan melegakan radang kulit.



5. Bayam 




Sumber beta-carotene dan lutein yang baik. Kedua-dua bahan ini menjadikan kulit lebih tegang. Phytonutrient di dalam bayam pula melindungi kulit daripada rosak akibat sinaran UV.



6. Tembikai




Mengandungi lebih 40% fitokimia yang bersamaan dengan SPF3. Boleh membantu melindungi kulit daripada cahaya matahari. Serta bertindak sebagai anti-oksidan.



7. Salmon 




Tinggi dengan lemak Omega-3 yang menyebabkan kulit dan rambut menjadi sihat. Selain itu, boleh melancarkan fungsi hati dan sistem saraf.



8. Dark chocolate 




Pilih yang kandungan serbuk kokonya melebihi 70% tau. Selain meningkatkan kesihatan kulit dan rambut, ia juga boleh membakar lemaks dengan mudah. Kalau korang on diet, elokk sangad jadikan dark chocolate sebagai kudapan.



9. Terung





Diperkaya dengan anti-oksidan yang melambatkan proses penuaan. Nasunin di dalam terung boleh menghalang pertumbuhan sel kanser dan juga melambatkan proses penyakit Alzheimer.




10. Delima 






Kaya dengan sumber vitamin C, bersifat anti-oksidan yang menghalang pembentukan garis-garis halus dan kedutan. Di samping boleh mengatasi kekeringan kulit dengan meneutralkan radikal bebas.



XOXO, 
Ain