Pages

Thursday 23 May 2019

Lima Punca Jeragat


Jeragat adalah salah satu masalah kulit yang biasanya tumbuh di muka. Sama ada berwarna coklat atau kelabu. Secara fakta, jeragat lebih mudah menyerang wanita berbanding lelaki. Tapi jeragat nih memang buatkan kita rasa malu dan tak yakin nak jumpa dengan orang kan? Pakai mekap tebal pun masih tak boleh nak cover. Apa punca terjadinya jeragat ye?






1. Sinaran UV

Bagi yang kerap berada di luar rumah dan terdedah kepada sinaran UV, lagi mudah jeragat membiak. Bahayanya sinaran matahari yang kena direct pada kulit boleh merosakkan sel kulit. So, sebelum nak keluar rumah wajiblah sapu sunblock dulu yer. 


2. Produk Yang Rendah Kualiti

Kalau betul sayangkan kulit, tolonglah jangan beli dan guna produk kosmetik atau alat solek yang tak ada kualiti. Yang terlalu murah harganya. Contoh macam produk timbang kilo tu. Sebab kita tak tahu bahan apa yang digunakan. Biasanya yang murah sangat nih, ada bahan kimia merbahaya. Lama-lama kulit makin menipis dan terhakis. 


3. Keturunan

Tak dinafikan yang jeragat nih berpunca daripada faktor keturunan jugak tau. Kalau mak korang ada masalah jeragat, ambil langkah berjaga-jaga. Kemungkinan besar korang pun akan alami masalah yang sama. So, kenalah ikhtiar.


4. Usia 

Makin meningkat usia, makin tinggilah risiko jeragat tumbuh mencanak. Sebab kadar kolagen dah makin kurang. Sistem pertahanan kulit pun semakin lemah. Korang yang dah masuk three series tu kenalah lebih rajin jaga kulit tau.


5. Perubahan Hormon 


Sesetengah ubat-ubatan boleh mempengaruhi hormon wanita. Pil perancang pun sama. Atau ada jugak jeragat yang muncul ketika mengandung sebab perubahan hormon. Lepas bersalin bila hormon dah stabil, jeragat pun hilang. Tapi ada jugak yang tak hilang tau. Huhu. Ikut hormon memasing. 


Haa seramm kan baca punca-puncanya. Nak cara lagi mudah? Boleh ikhtiar dengan Women Desiree. Calit kat nadi jer. Semudah 123 jeragat pun lesap. Klik link nih okay. =)












XOXO,
Ain