Pages

Monday 30 December 2013

Kisah Ahmad Ammar



Anda tahu tak pasal kisah hebat Allahyarham Ammar? Kisah syahid seorang anak muda yang menjadi bualan serius di kalangan rakan-rakan, masyarakat Malaysia dan telah menjangkau ke seluruh dunia! Masya Allah..




Saya nak share sikit pasal kisah beliau. Saya dapat tahu pasal kisah syahid beliau daripada adik ipar. Dapat tengok video masa jenazah beliau disembahyangkan dan dikebumikan. Subhanallah, sangat bersih, sangat tenang wajahnya. Allahu.. Sangat bertuah ibu bapanya dianugerahkan anak soleh seperti beliau.

Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang, mempunyai tahap intelek dan emosi pada tahap yang tertinggi. Beliau merupakan seorang 'syahid yang tertangguh' - gelaran di kalangan rakan-rakan. Pemikiran dan keterlibatan beliau dalam aktiviti dakwah sangat mengagumkan. Pada usia 20 tahun beliau sudah terlibat dalam pelbagai misi kemanusiaan termasuk Syria.

Insaf sangat baca kisah perjalanan hidup beliau. Anak muda yang berjiwa besar untuk syahid. Semoga menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua untuk terus melakukan amar makruf nahi mungkar. Dan, mudah-mudahan hayat kita nanti diakhiri dengan husnul khatimah. Amin :')








Salam sayang,
ain