Pages

Thursday 15 January 2015

Tiroid



Anda pernah dengar pasal penyakit tiroid? Penyakit tiroid adalah kelenjar endokrin yang berbentuk seperti rama-rama dan mengeluarkan hormon tiroksin (T4)  dan liothyronine (T3) yang sangat penting bagi kesihatan menyeluruh.

Macam mana nak tahu pesakit tiroid? Salah satu tanda ialah terdapat benjolan di bahagian leher. Ia kelihatan seperti bengkak. Untuk pengesahan, pesakit perlu menjalani ujian darah dan imbasan ultrasound untuk mengesan kewujudan tiroid.






   Faktor-faktor tiroid:

1. Keturunan
2. Kekurangan iodin
3. Kekurangan selenium
4. Wanita lebih berisiko
5. Usia lebih daripada 60 tahun
6. Merokok

Hormon T4 dan T3 mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) oleh tubuh. Jika tiroid tidak berfungsi dengan baik, ia akan mmberi kesan kepada berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

Ada dua jenis tiroid:

1. Hipotiroidisme : kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Hormon T4 dan T3 yang dikeluarkan secara sedikit menyebabkan simptom seperti badan sering merasa sejuk, selalu letih, malas, kuat tidur, ingatan terganggu, haid tidak menentu, keguguran rambut, kulit kering dan boleh menyebabkan penyakit jantung kerana paras kolesterol yang tinggi.

Suplemen yang boleh diambil : B-Complex, OsteMatrix, Vitamin E dan Vitamin C.

Suplemen yang TIDAK boleh diambil : ESP

2. Hipertiroidisme : kelenjar tiroid mengeluarkan lebihan hormon T4 dan T3 yang menyebabkan badan bertindak terhadap kelenjar tiroid dengan lebih aktif. Simptomnya ialah seperti selera makan bertambah, kerap membuang air besar, berdebar-debar, mudah marah, sering merasa panas, mudah berpeluh, jari tangan menggeletar dan berat badan mula menurun.

Suplemen yang boleh diambil : B-Complex, OsteMatrix, Omega Guard dan Vitamin E.

Suplemen yang TIDAK boleh diambil : Vita-lea


Salam sayang,
ain