Pages

Wednesday 29 April 2015

Hati-hati Pilih Produk Pemutih



Anda mesti alert kan, sekarang ni berlambak-lambak produk pemutih di pasaran. Macam-macam jenama ada. Hati-hati ya. Sebab, kebanyakan produk pemutih menggunakan hidrokuinon.

Penggunaan hidrokuinon adalah kaedah lama yang kekal digunakan sehingga kini kerana kemampuannya untuk memutihkan kulit. Kelemahannya ialah ia tidak stabil kerana mudah teroksida dan bertukar warna.

Bagi memastikan keselamatan pengguna, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan setiap produk pemutihan agar menggunakan kurang daripada 2% hidrokuinon kerana penggunaan hidrokuinon yang tinggi boleh menyebabkan radang kulit dan kesan terbakar selepas digunakan.

Sebenarnya, ada juga bahan lain yang tidak mengandungi hidrokuinon tetapi mampu memberi kesan sama terhadap kulit iaitu arbutin, asid kojik, retinoid dan asid laktik. Asid kojik da retinoid bertindak sebagai agen anti-penuaan, meningkatkan pengeluaran sel baru, mengurangkan penghasilan melanin selain meningkatkan pembentukan kolagen di dalam kulit.


Bahan dan Zat Kimia Merbahaya dalam Produk Pemutih

1.  Hidrokuinon : zat kimia yang digunakan untuk 'menyekat' pengeluaran melanin agar kulit menjadi lebih cerah dan putih. Penggunaan hidrokuinon secara berterusan boleh mengakibatkan kesan buruk kepada fungsi hati, ginjal dan darah (penyebab leukimia).

 2. Merkuri atau raksa : bahan logam berat yang beracun meskipun digunakan dalam jumlah yang kecil. Merkuri berfungsi untuk mengecutkan noda hitam pada kulit. Merkuri yang dioles pada kulit akan meresap ke dalam saluran darah. Kesan jangka pendek penggunaan merkuri adalah seperti mual, muntah, iritasi kulit manakala kesan jangka panjang seperti kerosakan saraf otak, ginjal, gangguan perkembangan janin, parkinson dan kanser.

3. Rhodamin B : bahan kimia ini memberikan kesan merah pada wajah. Rhodamin boleh mengganggu sistem pernafasan, penyebab kanser dan kerosakan hati.

 4. Retinoic acid : zat logam ini boleh menyebabkan kulit kering dan kesan terbakar. Bahan ini biasanya terdapat pada produk pemutih dan produk anti jerawat.


Buatlah pilihan yang bijak lagi tepat.


Salam sayang,
ain