Bahan-bahan :
Mi kuning
Pes tomyam
Bawang besar (potong dadu)
Bawang putih (diketuk)
Sedikit halia dan serai
Daun limau purut
Sos tiram
Sos cili
Isi ayam
Udang
Sotong
Lobak merah
Bunga kobis
Sedikit garam
Air
Cara-cara :
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan serai.
2. Masukkan pes tomyam, sos cili, sos tiram dan sedikit air.
3. Masukkan lobak merah. Lepas tu isi ayam dan bunga kobis.
4. Biarkan kuah tomyam mendidih. Perasakan dengan garam.
5. Masukkan udang, sotong dan daun limau purut.
6. Bila udang dan sotong dah masak, padamkan api.
7. Celur mi, angkat dan toskan.
Salam Sayang,
Ain