Pages

Monday 31 August 2015

Jalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang


Ni semalam punya cita. Hampir 5 tahun duduk Key El, tak pernah pergi Bukit Tinggi. Padahal jarak Gombak - Bukit Tinggi 45km ja. Haha. Punyalah busy kan. Kekonon.. Kami pergi balik hari ja.


Tak plan pun nak pi Bukit Tinggi. Saja boring-boring, ajak hubby. Hubby saya memang kaki jalan. Pantang diajak, confirm on aje. Kebetulan, kakak ipar dan dua orang puterinya nak ikut sekali. So, kami pun naik 1 kereta saja lah. Macam biasa, pukul 10.00 pagi pergi rumah mak mertua dulu. Rezeki duduk dekat dengan rumah mak mertua. Breakfast bihun goreng. Menantu pi makan saja sebab mak mertua rajin memasak. Hehe..


Dalam pukul 11.00 pagi kami bertolak ke Bukit Tinggi ikut Lebuhraya Karak. Dekat saja. Kalau ikutkan setengah jam dah sampai. Tapi, sebab jalannya berbelok-belok, jadi lah 45 minit. Pening. Jalannya lebih berliku daripada jalan pi Genting. Kalau anda jenis mabuk jalan berbukit, be prepared dengan plastik okeh.


Ikut saja signboard ke Bukit Tinggi. Keluar dekat Exit Berjaya Hills. Follow Colmar Tropicale punya signboard. Alhamdulillah, sampai jugak. Nak masuk dalam Colmar ni kena bayar tau. Dewasa RM13, kanak-kanak RM8. Kami berlima total RM54. Dulu dikira per car, sejak setahun dua ni dah dikira per head ya.


Dah sampai


Cantik kan

 Banyak review daripada blogger lain yang saya baca, ramai orang datang sini sebab nak jalan-jalan tengok keindahan alam dan kecantikan bangunan kat sini yang fe-feeling oversea. Macam kat Perancis kan. Bestlah. Cuma, cuaca tak sejuk pun. Tak payah la nak pakai sweater bagai. Hehe. Memang ramai sangat orang semalam. Sebab minggu ni kan minggu Cuti Umum. Hmm tak dapat nak posing banyak-banyak. Kiri kanan nampak muka orang.



Macam kat oversea gitu


Atas hotel, kat bawah restoran



Pemandangan dari atas


Kami pusing-pusing kat dalam ni ja. Ada banyak restoran. Tapi harga mahal lah. Kami bawak bekal, makan dalam kereta kat tempat parking. Jimat. Hee. Tak berbaloi rasanya nak makan kat restoran situ. Nasib baik kat sini ada larangan No Picnic. Kalau tak, semua orang dah bentang tikar kat bawah pokok. Hehe..



Comeynya patung pink


Ada jugak kedai souvenir, ada khemah fun fair tu, ada tempat video game dan ada juga aktiviti seni untuk kanak-kanak. Saya beli fridge magnet ja. Sebab suka kumpul buat koleksi. Oh ya, ada 6D Motion Adventure. Anak buah nak sangat tengok. Kami pun join sekaki. Dewasa RM15, kanak-kanak RM8. Tengok cerita Roller Coaster. Hmm biasa ja. Sebab pakai spec 6D tu. Paling tak best, kerusi keras nak mampus. Sakit punggung dan sakit badan bila sampai effect goyang dan pusing-pusing ala-ala Roller Coaster tu.



6D


Anak buah



Swan putih. No feeding


Dah habis pusing-pusing kat sini, kami bergerak ke Rumah Teh Jepun. Part ni memang lawak. Haha. Punyalah jakun sebab first time sampai sini kan. Lepas dapat parking, naik tangga untuk ke bahagian atas. Lepas tu ada tangga lagi. Ok.. Yang ni rasanya lebih 100 anak tangga. Fuhh, habis tegang urat kaki. Lutut macam nak tercabut. Mati-mati ingat dah sampai. Sekali tengok kat depan, mak aiii jauhhh lagi ha. Naik bukit pulak. Adoi. Kena mendaki ler jawabnyer. Bukit agak curam. Sila pakai kasut yang sesuai. Ada jugak pelancong asing yang pakai heels. Masak.. Ada la dalam 20 minit jugak mendaki bukit tu, barulah nampak signboard ni.



Sampai jugak. Fuhhh semput mak


Bala tak habis lagi. Untuk sampai ke Rumah Teh Jepun ni, kena naik tangga batu. Haha.. Sampai ja kat atas, masing-masing dah tercungap-cungap. Tak cukup oksigen. Sila bawak air mineral secukupnya. Memang haus gila. Air minuman (drinking water) kat atas ni sebotol kecik RM3 okeh. Sekali sampai, orang punyalah ramai. Kalau anda nak sewa kimono untuk bergambar, murah ja RM20. Nak masuk ke dalam Rumah Teh Jepun tu wajib sewa kimono sebab ada upacara minum teh.



Rumah Jepun



Kat tengah tu ada ikan kap Jepun


Kalau tahu sepenat ini, memang taubat tak naik. Sebab dah duduk rumah Jepun betul-betul kat Tokyo dulu. Tak apalah, bukan selalu dapat mendaki bukit kan. Haha. Naik atas ni just untuk bergambar dan menikmati keindahan alam. Rasa tenang sangat tengok kehijauan kat sini. Sejuk sikit.



Air terjun yang comel



Sewa kimono dan bergambar


Dah habis pusing-pusing, kami turun ke bawah. On the way turun tu, nampak signboard ke Botanical Garden. Tapi, semua dah penat, cepat-cepat cancel nak berjalan lagi. Hehe. Tempat terakhir kami ke Animal Park. Masuk sini kena bayar seorang RM3. Dapat makanan untuk diberi kepada rusa dan arnab.



Bagi makan ni


Beratur nak naik keldai


Jinak


Anak buah tengah bagi rusa makan


Rusa dan arnab kat sini semua jinak-jinak. Anak rusa siap berlari-lari dekat kawasan permainan tu di celah-celah pengunjung. Kami laki bini dah terduduk dekat batu di bawah pokok. Penat. Haha. Sambil tengok anak-anak buah naik keldai. Yang ada anak-anak sesuai lah bawak ke sini. Boleh tanamkan sifat sayangkan haiwan dan dapat tengok dengan lebih dekat. Kat sini pun ada kedai makan jual fries, popcorn, sandwich, nasi lemak dan minuman.


Lepas tu kami bertolak balik. Boleh solat dekat Masjid Berjaya Hills. Kami follow pakai Waze saja. Sampai kat Genting Sempah, jalan jam teruk. Sejam lebih tak bergerak. Lepas Tol Karak baru ok. Huhu sabor je lah. Sampai rumah, mandi dan terus tidor. Pengsan T_T



Salam Sayang,
Ain