Pages

Friday 4 September 2015

Jumaat Sayyidul Ayyam





Hari yang paling best dan dinanti-nanti setiap minggu. Pastinya Jumaat penuh barakah. Hehe. Masa kerja dulu, paling tak sabaq tunggu Jumaat sebab esok cuti. Ehehe..


Secara peribadi, saya sukaaa sangat hari Jumaat. Selain penghulu segala hari, setiap Jumaat saya rasa macam suasana hari raya. Eh? Buleh ka gitu? Rasa tenang, syahdu dan seronok yang tak dapat nak digambarkan. May be sebab saya dilahirkan pada hari Jumaat dan akad nikah pun hari Jumaat. Tu yang rasa seronok sangat bila tibanya hari Jumaat. Mudah-mudahan jugak saya dapat meninggal di malam Jumaat. Amin.
 

"Katakanlah (wahai Muhammad),  "Jika benar kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku nescaya kamu akan dikasihi Allah." (Surah Ali Imran : 31)


  Antara amalan sunnah dan adab pada hari Jumaat:


1. Mandi dan membersihkan diri bagi yang akan menunaikan Solat Jumaat.

2. Membaca Surah Al-Kahfi.

3. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah saw.

4. Memotong kuku.

5. Mencabut bulu ketiak, menggunting bulu misai.

6. Memakai pakaian yang cantik dan bersih.

7. Memakai wangi-wangian.

8. Memperbanyakkan amal kebajikan seperti sedekah.

9. Datang awal ke masjid. 

10. Menunaikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid. 



Salam Sayang,
Ain