Pages

Friday, 28 August 2015

Kenapa Rahim Bengkak?


Rahim merupakan anugerah terhebat kurniaan Allah yang teristimewa buat wanita. Tapi sekarang ni, dah ada bermacam-macam penyakit yang menyerang rahim. Anda pernah dengar pasal rahim bengkak?


Uterine Fibroid atau Cyst Ovarian adalah salah satu masalah yang dikatakan sebagai rahim bengkak. Kajian menunjukkan 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakan mereka tidak pernah tahu atau tidak didiagnosis oleh mana-mana doktor. Ataupun, ada yang dikesan secara tidak sengaja apabila doktor melakukan proses scan rahim.


Dalam 99% kes fibroid, ia adalah jenis bukan kanser. 








4 Sebab Utama Terjadinya Fibroid / Cyst :


  Hormon Estrogen yang berlebihan

Fibroid atau Cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung kepada hormon Estrogen. Jika hormon Estrogen dan Progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda berisiko untuk mendapat penyakit ini. Keadaan ini sangat ketara kepada mereka yang mengalami masalah PCOS yang menyebabkan ketidaksuburan. Penggunaan pil perancang juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan Estrogen dan boleh mengaktifkan Cyst atau Fibroid.


  Lambakan Xenoestrogen dalam badan

Xenoestrogen adalah estrogen sintetik yang terdapat dalam persekitaran seperti makanan, air, kimia dari perindustrian dan penternakan. Ia adalah estrogen palsu yang mengganggu fungsi estrogen semulajadi di dalam badan. 

Dari mana datangnya estrogen palsu ini? 
  • phtalates (bahan dalam plastik atau getah)
  • racun serangga
  • tembakau

  Obesiti 

Lemak yang berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang dipanggil 'Endocanabonoid System.' Sistem ini akan mengganggu fungsi hormon yang lain dan boleh menyebabkan radang yang tinggi di dalam badan. Bukan sahaja berisiko untuk mendapat ketumbuhan dan kanser tetapi juga penyakit kronik yang lain. 


  Genetik

Anda berisiko untuk mendapat Cyst atau Fibroid sekiranya ada antara ahli keluarga anda yang mengalami masalah sama.


Tanda-tanda Fibroid atau Cyst :

  1. Haid tidak teratur
  2. Sakit perut
  3. Sakit ketika bersama suami
  4. Perut buncit
  5. Pendarahan abnormal

Jika ada tanda-tanda ini ataupun apa-apa rasa yang tidak selesa, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.


* Credit to : drmalinda.com


Salam Sayang,
Ain