Pages

Sunday, 6 September 2015

Marriot Putrajaya & KUD 2015


Plan asal, saya ikut hubby ke Putrajaya atas urusan kerja. So, nak memudahkan urusan, kami bermalam lah di Marriot Putrajaya. Hmm sorry to say, nama ja hotel 5 Bintang tapi tak best sangat pon. Mungkin sebab hotel ni dah lama. Sejak zaman Tun Mahathir kan. So, wiring tak berapa bagus dah. Dalam bilik, suis ada 10. Tapi yang boleh pakai 1 suis saja. Nak cas handphone, laptop dengan tab memang tak cukup suis lah. Nak masak air panas lagi. Tengok-tengok, electric kettle rosak. Haha lawak betoi. Call maintenance, 2 jam baru datang bilik untuk check kerosakan. Itu pun lepas 2 kali hubby call mintak cepat sikit datang check. Patutnya hotel yang glamor macam ni kenalah prihatin dengan keselesaan guest kan. Salah kami jugak, selalunya kalau pi mana-mana memang akan bawak extension sendiri. Tapi takpa, buleh dijadikan pengajaran. Hehe. 


Kat luaq memang cantik



Kat dalam klasik


Esok harinya, saya dan hubby sempat pi KUD dekat Presint 3, Putrajaya. Seronok. Macam-macam booth makanan ada. Setiap negeri ambil bahagian. Lepas tu setiap booth ada bagi free tester. Apa lagi, kami pi setiap booth duk rasa sikit-sikit. Sampai booth hujung, kenyang. Hahaa.. 


Usaha murni kerajaan macam ni memang patut dijadikan acara tahunan. Dapat bantu perkenalkan dan kembangkan lagi bisnes usahawan desa ke peringkat yang lebih tinggi. Usahawan-usahawan desa yang join KUD ni adalah di bawah bimbingan Jabatan Pertanian, FAMA, MARA, Kementerian Asas Tani, RISDA, KEMAS dan lain-lain. Saya sokong 200%. Sebab mak saya pun usahawan desa jugak di bawah bimbingan MARA. Hihi


Selain booth makanan, ada jugak booth pakaian, batik, songket dan kraftangan. Masa pergi tu cuaca dah mendung. Lepas tu, hujan rahmat turun selebat-lebatnya. Orang memang ramai gila sampai 5 kali tawaf cari parking.



Nak hujan dahh


Orang ramai. Merenyut


Macam-macam ada


Aiskrim homemade


Kedah di hatiku =)


Semangat Kedahh. Haha


Tarian Sarawak


Hotfm pun ada


Kaka Azraff


Batik


Dadih sedut


Akok. Hot from oven


Dah puas merasa serba sikit, kami pi dekat khemah besaq. Kat sini paling best. Ada jual masakan panas-panas. Signature dish setiap negeri. Ada laksa Perlis, bihun Sup Kedah, char kuetiau dan pasemboq Penang, nasi kerabu dan laksam Kelate, masak lomak Nogori, laksa dan mi kolok Sarawak dan banyak lagi.


Pilihan kami tentulah bihun Sup daging Kedah ni. Hmm nikmat donia.. Hehe. Sedapp yakmatt






Alhamdulillah, dapat jugak lepas gian makan bihun sup Kedah. Hehe. Sambai merah tu yang buat terangkat. Terbaikk.. Kat karnival ni, sempatlah grab kerepek bayam, Oreo cheesekut, dadih aiskrim, sabun basuh pinggan homemade dan sambal bilis garing. hajat di hati, saya teringinn sangat nak beli sambal hitam Pahang tu. Sedap. Tapi, bila pergi dekat booth, dah habis. Kakak tu tengah goreng yang baru. Kena tunggu lagi sejam baru sambal tu kering. Tak ada rezeki nak tunggu. Huhu. sebabnya, dah habis makan bihun sup, kami terus gerak ke KLIA 2. Saja nak jalan-jalan. Orang lain dah pi melawat lama dah kan. Kami baru nak pi. Hehe. Pukul 11 malam baru sampai rumah.


Sekian.


Salam Sayang,
Ain