Pages

Tuesday, 8 September 2015

Stress? Korang Tau Tak?


"Banyaknya kerja nak buat"

"Bos ni asyik marah ja. Tak boleh silap sikit"

"Jalan jam.. Dah lambat nih. Arghhh"

"Jerawat naik??" 


Itu antara contoh kalau kita tengah stress kan. Kalau buat kerja kat depan PC tu, rasa nak telan jaa PC kan. Rasa nak jerit kuat-kuat. Geram benor. Hehee.. Bawak bersabor. Prof. Dr. Muhaya kata, sebenarnya tidak ada perkataan stress. Manusia sendiri yang mencipta perkataan 'Stress'.  Kata Prof. Muhaya lagi, bila kita stress, semua sel dalam tubuh akan menjadi tidak stabil. Kita akan menjadi cepat marah, geram, mudah jatuh sakit, dan lebih teruk boleh menyebabkan pergaduhan apabila melibatkan orang lain. Ate, kenape wujudkan stress yang akhirnya akan memudaratkan diri?





Korang Tau Tak? Bila stress, sistem imun tubuh kita akan menjadi lemah. Jadi, kita akan mudah diserang penyakit. Lepas tu, kadar Vitamin C yang kita dapat daripada sayur, buah atau suplemen akan menurun. Bila kekurangan Vitamin C, proses penyembuhan luka pun akan menjadi perlahan. Luka lambat sembuh. Badan pun akan rasa lesu.


Dalam satu artikel tentang kajian di Eropah, lebih 40 juta penduduknya mengalami stress dan tekanan di tempat kerja. Wow! Dahsyatnya.


Stress jangka pendek adalah tindakan spontan terhadap apa-apa keadaan yang mencabar, menakutkan atau merbahaya. Stress ini boleh diatasi dengan mengubah cara hidup ke arah yang lebih tenang. 


Stress jangka panjang biasanya dialami oleh mereka yang mempunyai masalah berpanjangan yang belum ada jalan penyelesaian serta mereka yang mengalami penyakit kronik yang bertambah teruk. Stress ini boleh menyebabkan kemurungan.


Hmm, best ke stress? Haha.. Lagi banyak keburukan kan. Mulai saat ini, tak mau duk stress na. Telan B Complex la senang. Hik hik hik. Banyakkan zikir, baca Al-Quran dan sentiasa berfikiran positif. In Shaa Allah emosi stabil, mood baik dan happy sokmo =)



Salam Sayang,
Ain