Pages

Wednesday 9 September 2015

Sejarah dan Khasiat Madu : Korang Tau Tak?


Madu? Ini madu asli, bukan madu orang tu okeh. Ataupun bermadu. Ooppss.. Haha.. 





Seperti yang kita sedia maklum, madu adalah salah satu makanan Sunnah. Dalam Al-Quran ada disebut tentang madu dalam Surah An-Nahl, ayat 68-69 yang bermaksud;

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat oleh manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Kemudian dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang  bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada demikian itu terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir." 


Kemukjizatan madu sepertimana yang disebut di dalam Al-Quran telah terbukti secara ilmiah. Dalam tafsir Al-Quran, Sayyid Quthb mengungkapkan madu sebagai ubat penyembuh penyakit. Bukti kebenaran ayat Al-Quran inilah yang harus kita yakini. Menurut Ibnu Katsir, madu sesuai diamalkan oleh setiap orang, contohnya bagi mengubati kedinginan kerana madu itu bersifat panas.


Penggunaan madu sebagai ubat telah diterapkan sejak zaman Rasulullah saw lagi. Pada ketika itu, madu digunakan sebagai ubat untuk mengubati cirit-birit. Propolis lebah yang berasal daripada madu juga dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Tokoh Perubatan Islam, Ibnu Sina juga mengamalkan madu sepanjang hidupnya. Beliau mempunyai umur yang panjang dan awet muda kesan daripada pengambilan madu.
Khasiat madu mula dikembangkan ke seluruh dunia sejak 10,000 tahun yang lalu. Bukti yang menyokong pendapat ini adalah dengan penemuan lukisan pada dinding di sebuah gua di Valencia, Sepanyol. Lukisan itu menunjukkan dua orang lelaki menggunakan tangga yang diperbuat daripada rumput liar untuk mendapatkan sarang lebah yang berisi madu. 





Madu juga dianggap sebagai sarapan diraja sejak pertengahan abad ke-17. Golongan kerabat menggunakan madu sebagai jem yang dimakan dengan roti. Pada ketika itu madu dianggap mahal dan eksklusif kerana hanya mampu dimakan oleh golongan bangsawan.


  Khasiat Madu:

1. Bersifat anti-oksidan. Madu mengandungi flavonoid yang membantu mengurangkan risiko kanser. 

2. Awet muda. Madu mampu memperbaiki sel kulit yang rosak. Ia juga dapat mengatasi masalah jerawat, kulit wajah berminyak serta melembutkan kulit wajah. 

3. Menurunkan berat badan. Kombinasi madu dan air suam dapat membantu membakar lemak. Amalkan setiap pagi secara konsisten di samping senaman.

4. Meningkatkan metabolisme badan. Sifat madu yang senang untuk dicerna dapat meningkatkan metabolisme badan. 

5. Membunuh bakteria jahat. Madu terbukti dapat membunuh bakteria jahat seperti E-coli, Salmonella dan lain-lain.
6. Menurunkan tekanan darah tinggi. 
7. Mengelakkan serangan jantung.
8. Menurunkan suhu badan ketika demam. 
9. Baik untuk kesihatan rahim wanita.
10. Menguatkan daya ingatan bagi anak-anak. 



Salam Sayang,
Ain