Melahirkan bayi merupakan perjuangan hidup dan mati seorang wanita. Kesakitan dan keperitan yang ditanggung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Jom ketahui beberapa fakta menarik mengenai proses kelahiran bayi:

Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh
EDD (estimated due date). Kebanyakan bayi lahir pada minggu ke-37 dan ke-42 kehamilan.

Sehingga bersalin, rahim akan
mengembang 500 kali ganda daripada saiz normal untuk menampung kandungan.

Purata darah yang
hilang semasa proses bersalin normal adalah 500ml.

Kira-kira 80% wanita mengalami
sindrom 'Baby Blues' semasa dua minggu terawal selepas melahirkan bayi akibat perubahan hormon.

Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah
air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita mengalami pecah air ketuban ketika mereka telah bersedia untuk meneran bayi keluar.

Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sebanyak 45 Del. Tetapi, ketika bersalin wanita akan mengalami
kesakitan sebanyak 57 Del atau bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak.
* Sumber : Majalah Pa & Ma
Hargailah, sayangilah ibu dan isteri anda =)
Salam Sayang,
Ain