Pages

Monday 14 September 2015

Tragedi Kren Tumbang di Mekah


Baru nak update pasal tragedi kren tumbang di Mekah pada Jumaat lepas (11 September).





Allahuakbar, terkejut sangat bila dapat tahu berita ni. Hubby saya siap tunjuk video macam mana kren tu tumbang. Saya tak sanggup nak tengok. Menurut saksi kejadian, cuaca buruk selepas dilanda ribut pasir. Kren tumbang terkena panahan petir. Tragedi berlaku selepas waktu Asar.


Lebih 107 jemaah terkorban dan 238 orang jemaah mengalami cedera parah dan ringan. Masya Allah,  mereka meninggal dalam husnul khatimah, dalam ihram di hari Jumaat penuh barakah. Tujuh orang jemaah Malaysia yang hilang juga telah disahkan terkorban. Mereka insan terpilih, dijemput sebagai tetamu Allah dan dijemput kembali kepadaNya di depan Kaabah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Salam Takziah untuk semua keluarga mangsa, semoga diberi kekuatan dan ketabahan.



Wajah yang sangat bersih dan tenang


Al-Fatihah.



Salam Sayang,
Ain