Pages

Tuesday 15 September 2015

Khasiat Tomato : Korang Tau Tak?


Suka makan tomato? Saya suka. Biasa kita dengar, makan tomato nanti kulit cantik kan. Betul. Kakak sepupu saya hari-hari makan tomato. Sama ada dia buat jus, salad atau makan mentah-mentah. Seminggu sekali buat masker tomato. Memang kulit muka dia cantik. Licin dan cerah, tak ada cela langsung. Pipi jadi pink semulajadi. Tak payah pakai blusher.


Tapi, korang tahu tak? Banyak lagi khasiat tomato selain untuk kecantikan tau.






5 Khasiat Tomato untuk Kesihatan:


  Pengawalan Berat Badan :  Tomato mengandungi lemak yang rendah serta tiada kolesterol yang menjadikannya berkhasiat untuk dimakan. Ia mengandungi banyak air dan serat yang mampu mengenyangkan perut. Jika anda sedang berdiet, jadikan tomato sebagai snack. 


   Mengatasi Masalah Susah Tidur :  Tomato mengandungi sumber nutrisi Iycopene yang biasanya terdapat dalam sayur atau buah berwarna merah. Kajian menunjukkan Iycopene mempunyai banyak khasiat, antaranya dapat membantu mengatasi masalah susah tidur. Jika anda mengalami masalah insomnia, cuba makan salad tomato atau sup tomato sebagai menu makan malam.


   Mengurangkan Kerosakan Kulit :   Selain khasiatnya sebagai ejen kecantikan kulit, sumber nutrisi Iycopene dapat membantu memutihkan kulit. Sebuah kajian menunjukkan makan sos tomato secara berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat radiasi matahari sebanyak 30%.


   Penglihatan Mata :  Kandungan Vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato  dapat membantu memulihkan penglihatan mata dan mengurangkan rabun malam. Ia turut menghalang penyakit mata iaitu macular degenaration yang menyukarkan penglihatan.


   Merawat Batu Karang :   Pengambilan tomato secara berterusan dapat melegakan kesakitan akibat batu karang. Beberapa kajian yang dijalankan turut menunjukkan pengambilan tomato dapat menghalang risiko sakit jantung dan kanser prostat.


Sumber : Majalah Eh!



Salam Sayang,
Ain