Pages

Wednesday, 16 September 2015

Self Service Laundry


Zaman dah makin maju. Sekarang ni semua benda nak instant saja kan. Dobi pun dah jadi instant. Sangat sesuai untuk ibu bekerjaya kat Key El ni. Punya masa terhad untuk basuh baju kan. Hantar dobi, setel. 


Anda tau tak dah ada self service laundry? Dobi layan diri. Cepat pun cepat. Jimat masa. Pengalaman saya, pernah cuba dua jenama self service laundry nih. Nak buat review sikit, bagi komen. Hehe. 


First, saya try self service laundry jenama Laundry Bar di Loq Staq. Masa balik raya hari tu. Yelah, dah balik kampung berhimpun ramai-ramai, mestilah banyak gila baju nak basuh kan. Kena pulak masa raya tu, tekanan air rendah dekat rumah mak saya. Mesin auto kan sensitip. Nak basuh baju banyak-banyak jadi tergendala lah. So, saya dan hubby angkutlah bakul kain yang sebesaq alam tu pi dobi. Haha. 





Untuk Laundry Bar, saya bagi 10 Bintang. Memang bagus sangat dia punya service. Kena tukar coin dekat situ. Harga untuk basuh dan spin adalah RM11. Yang ni saya ambil 14kg. Murah. Paling best dapat detergent + softener + sanitizer FREE tau. Detergent dan softener yang digunakan adalah halal ya. Ini adalah salah satu tarikan yang membuatkan ramai orang suka pergi Laundry Bar ni. Masa saya pergi dobi hari tu pun memang ramai sangat orang. Bersusun bakul kain, tunggu giliran tau. Baju siap dibasuh dan dikeringkan dalam masa satu jam saja. Lepas tu boleh pakai terus baju yang dah dibasuh tu okeh. Efficient kan? Memang kering betul, siap rasa panas-panas lagi masa angkat baju masuk bakul lepas dikeringkan tu. Terbaikk..


Even masa saya pergi bercuti ke Penang hari tu pun, saya dobi dekat Laundry Bar. Hehe. Dah banyak cawangannya. Cuma, dekat rumah saya area Gombak ni, tak ada yang terdekat. Paling dekat pun kat Kepong. Bukannya dekat-dekat kawasan rumah.


Yang banyak dekat area rumah saya, CleanPro Express. Ada dua cawangan kat sini. So, malam tadi saya ajak hubby pergi dobi situ. Saja, nak try. Kebetulan memang nak basuh comforter. Dah alang-alang nak basuh comforter, saya angkut sekali sebakul kain baju yang belum dibasuh. Simpan stok. Hahaa.. Ooppss..






Sorry to say, untuk CleanPro Express, saya bagi setengah bintang. Nak tau kenapa? Detergent dengan softener kena beli asing. Ada vendor machine kat dalam ni. Lepas tu, dari segi harga, tak berbaloi kot. Mesin basuh kecik. Terpaksalah saya basuh asing-asing comforter dengan baju sebakul tu. Untuk basuh comforter amik yang mesin 9kg, tu pun muat-muat. Untuk basuh dengan spin, saya tukar coin RM11. Then, untuk sebakul kain tu amik yang mesin 14kg. Tukar coin dalam RM15.


Mak aii, lagi mahai daripada Laundry Bar. Mungkin service dia lagi bagus kot. Ayat nak sedapkan hati. Dengan excitednya, kami laki bini tunggulah sejam kat situ. Sambil layan WiFi free dan ayaq kotak Milo yang dibeli dari kedai sebelah. 
Ting! Dah cukup sejam. Angkat baju. What the?? Adoi.. Betul-betul menguji kesabaran uolls. 


Kalau baju lembap tak apa lagi, ini basah kuyup. Fuhh, sabor, sabor. Memang worst betol service nya. Yang saya tahu, mesin basuh dekat Laundry Bar diimport dari US, so memang lah berkualiti dan bagus kan. Mesin basuh kat CleanPro ni pulak dari China atau Taiwan. Faham-faham sajalah macam mana kualitinya. Betoilah nama dia CleanPro Express, 'express' sungguh sampai baju basah, tak dikeringkan langsung. Hahaa.. Sudahnya, balik ke rumah, kena keringkan balik lah.


Kesimpulannya, hampa wajib pi cuba mendobi dekat Laundry Bar okeh. Sekian, bebelan untuk malam nih =P



Salam Sayang,
Ain