Pages

Thursday 17 September 2015

Rahsia Zikir


"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan daripada syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu, mereka nampak jalan yang benar."
(Surah Al-A'raaf : 201) 


Kadang-kadang, kita rasa berserabut, banyak benda nak buat tapi tak terbuat, tak tenteram, gelisah dan jiwa rasa kosong. Itu petanda bahawa roh kita sedang sakit. Roh juga perlukan makanan! Habis, nak bagi roh makan apa? 



Zikir yang paling mudah


Ya, zikir adalah makanan kepada roh. Sedikit petikan daripada Tanyalah Ustaz pagi tadi. Pernah kan kita dengar, ada kes di mana seseorang tu selalu rasa tak sihat, sakit-sakit badan. Bila pergi check kat hospital, doktor cakap tekanan darah normal, degupan jantung semua normal. Haa.. kat sinilah bukti yang roh sedang sakit. Bukan jasad yang sakit. Jasad sihat, semua normal. 


Mengikut satu kajian sains yang dijalankan di University of Washington (pernah disiarkan dalam Majalah Scientific American pada 1993), apabila mulut kita berzikir, 14 juta saraf otak akan aktif dan akan membina Bio-Elektrik (Nur) yang akan pula mempengaruhi 16 juta urat saraf yang lain di seluruh tubuh untuk sama-sama berzikir. Subhanallah!



Saraf otak aktif


Tips Sihat dengan Zikir


  Untuk perjalanan darah yang lancar, zikir Laila ha illallah.

  Kalau lemah semangat, zikir Allahuakbar.

  Selalu mimpi buruk, baca Surah Al-Ikhlas sampai tertidur.

  Nak kawal nafsu, rajin-rajinlah beristighfar.

  Elakkan kufur nikmat, ucaplah Alhamdulillah. 

  Senaman selepas Subuh dan Asar sambil berzikir untuk kekal sihat.



Jom amalkan dan istiqamah ya =)



Salam Sayang,
Ain