Pages

Wednesday, 21 October 2015

5 Petua Tradisional Hilangkan Blackhead





Saya percaya semua wanita mengalami masalah blackhead ataupun whitehead. Geram kan? Jom cuba petua tradisional ni:


1. Putih telur

Sapukan wajah dengan putih telur. Kemudian tekap wajah dengan kapas. Biarkan sehingga putih telur kering. Tarik kapas perlahan-lahan.


2. Kentang

Kupas sebiji kentang, Basuh dan parut. Kemudian sapu pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Bilas wajah dengan air suam


3. Lemon dan gula

Campurkan perahan lemon dengan sedikit gula. Jadikan sebagai skrub. Gosok wajah dengan perlahan-lahan. Amalkan dua kali seminggu. 


4. Yogurt asli

Boleh juga dicampurkan dengan sedikit perahan lemon. Dijadikan sebagai masker. Gaul sebati. Sapu pada wajah secara nipis dan biarkan dalam 20 minit. Kemudian bilas dengan bersih.


5. Wap wajah
Letakkan air panas dalam mangkuk. Tutup kepala dengan tuala kecil. Wapkan wajah selama 15 minit. Lakukan dua kali seminggu. Akhir sekali, jangan lupa letakkan ais batu pada wajah untuk menutup kembali liang roma yang terbuka akibat pengewapan tadi. 







Selamat mencuba =)



Salam Sayang,
Ain