Pages

Tuesday 20 October 2015

A Sweet Escape : Jalan-jalan di Cameron Highlands


Ini dah masuk kali ke-4 atau ke-5 kot gi Cameron. Hihi.. Percutian pendek ke Cameron dua hari lepas sebenarnya tak plan pon. Last minute hubby ajak. Saja nak spend time together sementara masih berdua ni kan.


Macam biasa, kami booking hotel dekat trivago.com dan kali ni stay dekat Nova Hotel and Residence. Untuk 2 hari 1 malam. Best dan sangat selesa. Cantik. Luas macam rumah. Kalau anda bawak family memang sesuai sangat stay dekat sini. Konsepnya lebih kurang macam condo suite, ada 1 bilik tidur, dapur dan ruang tamu. Boleh bawak toto dan bantal lebih, tidur ja kat ruang tamu. Kat dapur ada mini fridge, microwave, kettle, pinggan mangkuk dan sudu garpu.



Dalam perjalanan dari Simpang Pulai nak naik ke Cameron, hujan turun dengan lebatnya. Sejuk sangat sampai ke tulang. Kabus sangatlah tebal sebab baru lepas hujan kan. Check in hotel pukul 3.00 petang, just nice. Kami sampai 3.15 petang. Lepas check in, rehat-rehat kat bilik. Lepas tu mandi dan turun bawah cari makan.


Lagi satu yang bestnya, kat bawah hotel ni ada shopping mall tau. Cameron Square. Baru ja bukak. Kedai pun tak banyak lagi. Tapi ada kedai makan macam Old Town, Teh Tarik Place dan lain-lain. At least senanglah nak cari makan. Tak payah keluar jauh-jauh.


Lepas makan, kami pergi pasar malam dekat Brinchang. First thing first, cari stoberi. Borong sampai 3 kilo. Tamak betoi. Hehe.. Ramai sangat orang bercuti ke Cameron. Sesak betul dekat pasar malam tu. Berjalan pun macam nak cium hidung dah, Haha. Banyak rombongan budak sekolah, budak kolej dan universiti.




Balik ke bilik, letak barang dan turun ke mall. Pergi 3D Museum. Sejam lebih jugaklah posing kat dalam tu. Sampai dah tak tahu nak buat gaya apa. Tiket masuk untuk dewasa RM18 seorang. Kanak-kanak half price.




Esok harinya, awal pagi turun breakfast dekat cafe. Naik ke bilik, kemas barang dan siap-siap untuk check out. Waktu check out sepatutnya pukul 12.30 tengah hari. Tapi, kami lambat check out, pukul 1 lebih. Sebabnya lepas breakfast tu, masing-masing dah macam ulaq sawa. Tidur kekenyangan. Haha.


Dah check out, kami gerak ke BOH Tea Plantation, Sungai Palas. Ini first time datang sini. Biasanya pergi ladang teh kat tepi jalan yang on the way turun ke Tapah tu. Simpang masuk ke ladang teh BOH ni betul-betul bertentangan dengan hotel. Ingatkan dekat, sekali dah masuk. Mak aii, jauh benor. Naik bukit turun bukit, last sekali sampai ke lembah. Jalan pulak kecik dan sempit, memang kena drive penuh berhemah.








Parking kat bawah tau. Kalau nak menikmati pemandangan indah, kena panjat bukit. Hehe best. Buleh excercise. Mohon tabah. Dekat signboard tulis 200m tapi rasa macam 1 km. Kat atas tu ada cafe. Ala, tempat Lisa dan Aaron berlakon dalam Ombak Rindu tu. Boleh lah basahkan tekak dan berehat. Tapi tak ada makanan berat okeh. Ada sandwich, kek, cookies, bun dan teh. Dah puas berehat, kami turun ke bawah untuk bergambar.







Kemudian, singgah di Lavender Farm masa on the way turun ke Simpang Pulai. Tiket masuk dah naik RM6 seorang. Huhu. Dulu RM3 ja. Banyak jugak benda baru yang diorang upgrade. Ada rumah comel, patung seven dwarfs, kedai barang Lavender dan ada surau kat atas sekali. Dapat merasa aiskrim Lavender, RM5.50 seketoi. Sedap. Rasa sejuk dingin. Macam peppermint.















Dalam pukul 5.30 petang, dah gerak balik ke Key El. Alhamdulillah, seronok walaupun hanya percutian yang singkat. Tapi penuh bermakna =)



Salam Sayang,
Ain