Pages

Friday 9 October 2015

Kesan Positif Aromaterapi


Tekanan hidup dan pelbagai masalah yang dihadapi saban hari adalah lumrah dan asam garam kehidupan. Tahukah anda, rawatan aromaterapi boleh membantu anda merasa lebih tenang dan dapat mengawal emosi dengan mudah?
Aromaterapi adalah rawatan melalui bau yang menggunakan beberapa titisan minyak pati tumbuhan. Ia boleh dilakukan sama ada untuk urutan badan, dimasukkan ke dalam wap air panas untuk mengeluarkan baunya ataupun dibuat sebagai air mandian untuk menikmati keharumannya. 







Aromaterapi merupakan rawatan alternatif dari segi penjagaan kesihatan yang dapat memberikan ketenangan kepada individu. Secara saintifiknya, rawatan aromaterapi boleh meningkatkan kualiti kesihatan kerana ia menggunakan pati semulajadi yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan. 


Penggunaan minyak pati secara sistematik boleh mempengaruhi dan memperbaiki tahap fizikal dan emosi yang lebih positif. Contohnya, minyak pati Lavender boleh merawat kulit kering, kulit kusam dan juga memberi ketenangan minda. Bagi kulit yang sensitif dengan suhu sejuk, anda boleh menggunakan pati minyak Sandalwood, Chamomile, Neroli dan Rose. 


Khasiat pati tumbuhan seperti serai wangi dan lada hitam boleh melancarkan peredaran darah manakala pati minyak daripada bunga mawar boleh mengimbangi hormon khususnya wanita. Selain itu, minyak pati juga boleh menjauhi tubuh daripada dijangkiti virus, selsema, resdung dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh. 








Salam Sayang,
Ain