Pages

Thursday 5 November 2015

5 Sikap Orang Jepun Yang Patut Dicontohi







Salah satu sikap orang Jepun yang paling saya suka adalah pembersih. Ketika bercuti ke Tokyo pada Februari tahun lepas, saya sangat kagum dengan tahap kebersihan masyarakat Jepun tak kira di mana mereka berada. Walaupun Jepun bukanlah sebuah negara Islam, tetapi mereka sangat disiplin dalam menjaga kebersihan. Inilah yang patut kita contohi kerana kebersihan itu separuh daripada iman


Antara sikap terpuji orang Jepun yang patut kita contohi:


1. Menepati masa
  
Oang Jepun berlari-lari nak naik bas dan kereta api. Memang tak ada masa nak lenggang bayam macam kita. Hehe. Bas dan kereta api pulak akan tiba dan berlepas tepat pada waktunya. Contoh terbaik, bullet train (Shinkansen). Kelajuannya adalah 600km/j.


2. Bersih

Jalan raya dekat Jepun nampak licin dan berkilat. Macam tak ada habuk langsung. Paling best, pasar basah sangat bersih, tak ada bau hanyir ikan. Kawasan perumahan pun sama. Rumah diorang ni kecik-kecik, comel. Halaman rumah sangatlah bersih. Dan, ada jadual pembuangan sampah. Contoh, hari Selasa untuk sisa makanan, hari Rabu untuk kertas sahaja.


3. Menghormati Orang Lain

Budaya Jepun memang terkenal dengan menundukkan kepala kepada tetamu sebagai tanda hormat. Pergi shopping pun, diorang layan kita yang tourist ni dengan sopan dan friendly. Kalau kita tanya banyak lepas tu tak jadi beli, diorang tak marah. Siap senyum dan ucap terima kasih lagi.


4. Membaca

Di mana-mana sahaja orang Jepun akan membaca. Tak kiralah sama ada baca suratkhabar, majalah ataupun buku ilmiah. Daripada kanak-kanak, remaja hingga warga emas semua suka membaca. Dalam kereta api, memang suasana sunyi sepi. Sebab masing-masing khusyuk membaca. 


5. Jujur
 
Kalau anda bercuti ke Jepun, jangan risau tentang keselamatan. Orang Jepun ni sangat jujur. Jika tertinggal barang, pergi sahaja ke balai polis bergerak (koban) yang ditempatkan di merata tempat. Lagi satu, orang Jepun kan suka naik basikal. Kalau diorang pergi kerja atau pergi shopping, basikal tu tak payah kunci pun. Sebab, confirm tak akan ada orang curi punya.











Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.



Salam Sayang,
Ain