Pages

Tuesday 3 November 2015

Panduan Mengambil Vitamin C


Pengambilan vitamin C sudah menjadi trend masa kini. Tak kira wanita mahupun lelaki, semua nak consume vitamin C. Sebab utamanya ialah vitamin C membantu untuk melembap dan mencerahkan kulit wajah. Siapa yang tak nak kulit gebu-gebas kan? 







Tapi, jangan terlalu taksub ya. Soal keselamatan dan kesan jangka panjang pada tubuh wajar diambil kira jika tidak mahu merana nanti. Jom ikut 3 panduan mudah ini:



#1 Interaksi positif vitamin C dan vitamin/mineral/ubat lain

Vitamin C amat bagus diambil bersama dengan vitamin E. Ia akan dapat meningkatkan potensi keberkesanan vitamin C. Boleh juga diambil bersama dengan iron tetapi jangan terlebih dos. Ikut arahan pada label botol.



#2 Interaksi negatif vitamin C dan vitamin/mineral/ubat lain

JANGAN mengambil vitamin C dengan ubat Diabetes. Ini kerana ia boleh mengganggu keberkesanan ubat Diabetes. JANGAN ambil vitamin C dengan aspirin kerana boleh mengganggu kesihatan perut



#3 Ikut arahan pada label botol

Sila patuhi dos yang telah ditetapkan. Jika terlebih dos vitamin C kepada pesakit buah pinggang, ia akan menyebabkan oksidasi (adverse effect). Ia tidak lagi menjadi antioksidan. Bagi ibu hamil yang mengambil lebih daripada 5,000mg ketika hamil, ia akan menyebabkan bayi mengalami simptom kekurangan vitamin C apabila lahir.



Salam Sayang,
Ain