Pages

Wednesday 30 March 2016

Bangganya Jadi Budak Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah..


Rindunyaaa zaman sekolah. Dulu hari-hari cakap dekat mak. Tak sabaq nak habis sekolah, nak masuk U. Alasan, tak mau pakai baju sekolah dah. Haha. Lepas tu mak mesti jawab, jangan cakap tak sabaq, nanti dah habis sekolah, zaman sekolah la yang palinggg rindu. Betoi cakap mak. 


Lagi-lagi bila stress dengan kerja ni, memang rinduu sangat nak kembali ke zaman sekolah. Banyak sangat memori indah yang saya lalui selama lima tahun bersekolah di Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Sebab utama yang paling best ialah, sekolah tu untuk budak perempuan sahaja. Hihi. Cikgu-cikgu pun majoriti adalah cikgu wanita. Zaman saya dulu, cikgu wanita 70 orang, dan cikgu lelaki lebih kurang 5, 6 orang saja. Rasa macam duduk dalam dunia perempuan. 







Rasa bertuah dan beruntung sangat dapat belajar dekat sekolah cemerlang. Bnayak anugerah yang sekolah kami dapat. Cikgu-cikgu semua memang sangat berdedikasi. Masa nak exam PMR dan SPM, setiap hari cikgu buat kelas tambahan. Ada jadual untuk setiap subjek. Cikgu-cikgu yang cemerlang pun mengajar dekat sini. Batch saya dulu, subjek English, Math dan Science, cikgu Cina yang ajar. Memang best dan boleh score dengan baik. Saya ingat lagi, setiap Rabu adalah English Day. Kena speaking tau. 


Paling bangga, ramai budak sekolah kami yang berjaya. Rata-rata berjaya menjadi golongan profesional macam doktor, peguam, pegawai bank, jurutera dan banyak lagi lah. Tapi, yang paling viral sekarang ni budak sekolah kami yang berjaya jadi usahawan dan jutawan. Contoh, Fellina Nadia (founder Fellina), Norsyahirah (founder Panacea Beauty) dan terbaru Nora Adila (founder Mascara Duoya). Alhamdulillah, bangga sangat dengan kejayaan depa. Mudah-mudahan terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. In shaa Allah, saya jugak nak ikut jejak kawan-kawan saya ni =)



P/S : Paling rindu dengan cikgu-cikgu kesayangan saya - Ustazah Aznita, Ustazah Paziah, Ustazah Siti Aisyah, Cikgu KZ, Cikgu Yunizah, Puan Gan, Cikgu Masyitah.




Salam Sayang,
Ain