Pernah tengok pokok Argan? Tahu tak yang pokok Argan hanya tumbuh di kawasan yang bercuaca seperti di selatan Morocco? Kenapa Morocco? Pokok Argan ni sangat tahan untuk tumbuh dan hidup dalam cuaca yang panas ekstrem, kering serta kontang. Subhanallah..
Ikut kajian yang dibuat, terdapat banyak khasiat pokok Argan terhadap kesihatan dan juga kecantikan. Jadi, tak hairanlah jika wanita di Morocco menggelar minyak Argan sebagai 'emas cair'. Dari segi sejarah, minyak Argan telah digunakan secara meluas sejak dari tahun 1550 sebelum Masihi lagi. Pada masa tu, minyak Argan ni digunakan untuk tujuan merawat bayi, menyembuhkan luka serta digunakan secara tradisional untuk kecantikan kulit dan rambut.
Cuba tengok gambar kat bawah ni. Nampak tak kambing-kambing tamri Morocco memanjat pokok Argan? Kambing ni mempunyai kemampuan luar biasa untuk memanjat. Hebat kan? Sebabnya, kambing tamri akan makan daun dan juga buah Argan. Kambing pun berebut-rebut nak makan buah Argan tau.
Kambing tamri Morocco |
Daun dan buah Argan |
Daripada buah Argan inilah terhasilnya minyak Argan. Dalam kajian saintifik, buah Argan kaya dengan asid lemak oliek, linoleik, palmitik, stearik, asid lemak essential, vitamin E, polifenol dan juga Sterol. Menariknya, jika diambil berterusan, minyak Argan terbukti dapat membantu menurunkan kadar kolesterol kerana mengandungi 80% lemak tak tepu seperti minyak zaitun.
Hmm mungkin boleh gunakan minyak Argan dalam masakan. Tapi, harganya lebih mahal daripada minyak zaitun tau ;)
Salam Sayang,
Ain