Pages

Sunday 1 May 2016

14 Manfaat Baking Soda


Selamat Hari Pekerja buat semua yang bergelar pekerja. Semoga kita terus dimurahkan rezeki dan bekerja dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Sempena cuti umum ni, saya nak share dengan korang pasal baking soda. Kot-kot ada yang nak manfaatkan hari cuti ni dengan baking cake untuk suami dan anak-anak. Selama ni duk ingat baking soda ni hanya untuk kegunaan baking saja. Rupa-rupanya ada banyak manfaat tau.


14 manfaat baking soda:


1. Untuk buat kek: memanglah ini tujuan utama membeli baking soda kan. Hihi


2. Deodoran semulajadi: kalau korang jenis yang tak suka atau tak boleh pakai deodoran, boleh guna baking soda ni. Basahkan ketiak, pastu tepek baking soda ni. Macam tepek bedak tu kaedahnya.


3. Menghilangkan kesan peluh, daki dan minyak: baju sekolah anak-anak atau uniform suami yang berdaki dan kotor tu, korang boleh rendam baju-baju tersebut dalam baldi yang berisi air sabun + baking soda. 


4. Sebagai pencuci mulut: bukan pencuci mulut yang dessert tu. Gunakan baking soda untuk 'mencuci' mulut ala-ala Listerine tu. Campurkan baking soda dengan air, lepas tu kumur-kumur. 


5. Sebagai skrub muka: campurkan sedikit baking soda dengan air sampai jadi macam pes. Gosok-gosok dekat muka untuk tanggalkan sel kulit yang dah mati.


6. Untuk mencuci sikat dan berus: perasan tak sikat korang tu dah berkerak dengan sel-sel kulit kepala dan kelemumur? Takkan nak cungkil satu-satu bilah sikat tu kan. Bancuh baking soda dengan air suam. Rendam sikat dalam bancuhan tadi. Then, bilas dengan air. 


7. Sebagai garam mandian (bath salt): campur baking soda dengan air dan sedikit garam. Kalau korang nak berendam dalam bath tub tu, boleh tambah minyak aromaterapi sekali.






8. Sebagai pemutih gigi: seminggu sekali masa nak gosok gigi tu, cuba campurkan baking soda dengan ubat gigi. Lepas tu gosok gigi macam biasa. Konpom gigi korang makin putih berkilat.


9. Pengganti mopiko: apa tu mopiko? ala.. ubat untuk gigitan nyamuk tu. Campurkan baking soda dengan dengan air sampai jadi pes. Sapu pada tempat gigitan nyamuk. Kena gigit dengan serangga pun boleh sapu ni.


10. Merawat sunburn atau luka akibat terkena pisau cukur, pun boleh guna kaedah pengganti mopiko tadi.


11. Bersihkan karpet: kalau karpet korang kotor, payah-payah sangat, taburkan baking soda dekat karpet dan gunakan vacuum untuk cuci karpet.


12. Sebagai syampu kering: penyelesaian untuk rambut yang berminyak. Taburkan baking soda pada rambut lepas tu blow rambut dengan hair dryer. Kalau nak basahkan rambut, boleh campur baking soda + sedikit madu.


13. Hilangkan blackhead: cara macam buat skrub muka tadi. Nak lagi best, campurkan sedikit perahan lemon untuk hasil yang superb.


14. Lembutkan daging: ini petua dolu-dolu. Rebus daging dengan sedikit baking soda supaya daging tidak liat. 



Semoga bermanfaat.
Credit to: FB Syani & Let's Cook and Bake 



Salam Sayang, 
Ain