Pages

Thursday 19 May 2016

Allah Maha Baik.. Jangan Buruk Sangka


Perasan tak kadang-kadang kita selalu merungut untuk sesuatu nikmat yang kita tak dapat? Dan, kalau tulis atas 1,000 helai kertas pun belum tentu kita dapat senaraikan semua nikmat yang Allah beri. Tak terhitung banyaknya. 


Sebab tu kata Prof Muhaya, orang yang bahagia adalah orang yang sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan nikmatNya. Jika kita belum dapat apa yang kita hajati, jangan salahkan Allah. Jangan marah Allah. Kita hanya hambaNya. Allah itu Tuhan kita. Nak beri atau tidak apa yang kita minta, itu hak Allah. Ada sebab kenapa Allah belum beri atau tak beri langsung. 






Husnuzon. Ada hikmah kenapa Allah belum beri apa yang kita nak. Takkan disebabkan Allah tak tunaikan hajat dan impian kita, kita nak marah Allah? Tak nak solat? Tak nak ikut suruhan Allah? Jangan macam tu. Jangan jadi kufur nikmat. Setiap helaan nafas dan udara yang kita hembus ini adalah nikmat terbesar daripada Allah. Bayangkan kalau tiba-tiba Allah tarik nikmat udara, confirm kita semua akan mati. Masa tu, sempatkah kita bertaubat? (Peringatan untuk diri sendiri)


So, macam mana nak tanamkan rasa syukur? Bangun awal pagi, baca doa dan bersyukur dengan seikhlas hati atas semua nikmat yang Allah bagi. Kalau pun belum dapat apa yang kita hajatkan, kita masih ada pasangan hidup, mak ayah, keluarga dan sahabat yang baik. Kita masih bekerja untuk mencari rezeki, masih ada kereta untuk bergerak, masih ada rumah untuk berlindung, masih ada pakaian yang cantik untuk dipakai dan masih ada peluang menikmati makanan yang sedap. Paling penting, Allah masih beri kita kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan aktiviti harian. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 


Jom ubah. Banyakkan bersyukur, kurangkan merungut. Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. Allah Maha Baik. Walaupun kadang-kadang kita solat lambat atau tak solat langsung, Allah masih kurniakan udara untuk bernafas. Betul kan? Ringankan lidah untuk sentiasa bersyukur. Walaupun Allah bagi ujian yang berat, bersyukur. Itu tandanya Allah sayangkan kita. Kita insan terpilih yang diangkat darjat di sisiNya melalui ujian hidup. Ada rahsia dan hikmah tersembunyi yang kita tak tahu. Jangan buruk sangka dengan perancanganNya.


Semoga bermanfaat.



Salam Sayang, 
Ain