Pages

Thursday 19 May 2016

Manfaat Minyak Zaitun dalam Serum


Dari segi kesihatan, minyak zaitun memang sangat baik kerana mengandungi kadar kolesterol yang rendah, dapat menjaga kesihatan jantung, menurunkan berat badan dan sebagainya. Tahu tak yang minyak zaitun juga sangat bermanfaat untuk kecantikan kulit?


Salah satu manfaat minyak zaitun yang amat digemari oleh kaum Hawa ialah dapat membantu memperlahankan proses penuaan atau dalam bahasa yang mudah; awet muda. Ini kerana minyak zaitun sangat tinggi dengan kandungan vitamin E dan antioksidan. 






Tahu tak, dalam serum kami juga ada campuran minyak zaitun? Minyak zaitun dapat membantu mengurangkan kulit wajah berminyak yang menyebabkan pertumbuhan jerawat. Sebab tu bila sapu serum vitamin C kami, jerawat cepat kecut.


Minyak zaitun juga dapat membersihkan kotoran di wajah. Kalau nak tahu, serum adalah lebih berkesan daripada krim rawatan atau pelembap. Kandungan serum kami yang dicampur dengan minyak zaitun dapat membantu meresap jauh ke dalam lapisan kulit. Hasilnya, kulit akan jadi lebih bersih.


Selain tu, minyak zaitun ni dapat melembapkan kulit wajah. Memang sesuai sangat kalau anda ada masalah kulit kering dan mengelupas. Sapu saja serum ni, kulit akan rasa lebih lembap dan fresh. Nampak moist-moist gitu. 






Salam Sayang,
Ain